TV3
Pernah tengok rancangan yang artis-artis atau mereka yang di kelas atasan melangsungkan perkahwinan? Kalau di TV3, nama rancangan tu Mahligai Cinta.
Di Astro ada juga kalau tak silap, yang Hanis Zalikha jadi host tu. Tak ingat apa nama rancangan tu.
Kalau korang perasan, dalam setiap episod mesti pasangan-pasangan ini akan compliment each other, bila mereka disoal kenapa pilih pasangan tu sebagai teman hidup kita.
- "Saya mula sukakan dia sebab dia caring, penyayang..."
- "Bagi saya dia istimewa sebab dia sorang je yang faham saya luaran dan dalaman..."
- "Dia baik, hormat orang tua, pandai pujuk saya kalau saya naik angin..."
Bagi abang, jawapan-jawapan yang diberi adalah sangat tipikal. Terlalu tipikal sampai abang rasa kualiti pasangan yang mereka ada tu, orang lain pun ada. Rasa nak jawab balik,
"Eleh macam la sikap macam tu cuma dia sorang je ada dalam dunia ni. Dia nak kahwin dengan kau, mesti lah dia tunjuk yang baik-baik je."
Katakan satu hari nanti abang dapat masuk rancangan Mahligai Cinta masa majlis abang nanti, abang nak bagitahu je hal sebenar dekat kamera.
"Ahh dia ni nampak je cantik, sweet, tapi bukan sempurna pun. Dah lah tak pandai masak, bangun pagi pun payah. Lepas tu saya ni jenis indoor, dia pulak kerja asyik nak merayaaap je. Menghabiskan duit, membazir."
Lepas tu bila senyuman wife imaginary abang tu mulai tawar depan kamera, abang cover balik.
"Tapi saya tetap pilih dia sebab dialah satu-satunya yang mencintai saya, menyayangi saya seadanya saya. Saya pun bukan sempurna. Tapi dia pilih saya. Jadi, saya tak fikir panjang lagi, terus ajak dia kahwin. Tentang kelebihan dia berbanding wanita lain, itu biarlah rahsia kami berdua. Kalau bagitau satu Malaysia nanti ramai pulak yang tergila-gila kat dia."
Cuwit kan abang?
Okey harap imaginary bakal wife abang tu baca.
Sunday, January 25, 2015
Khidmat Komuniti
Hari ni mood abang baik.
....
Oleh kerana mood abang baik, abang keluar rumah menghirup udara segar sambil tersenyum. Burung-burung berkicauan, kucing mengiau, kerbau menguak dan dolphin melompat ceria.
Tiba-tiba, abang perasan satu benda di sekitar peti surat apartment.
Anda semua biasa tak, bila duduk di perumahan apartment/flet/ kondo, akan ada papan kenyataan untuk semua orang tampal apa sahaja iklan/pesanan/ berita terkini kediaman.
Pagi ini, dengan mood yang ceria, abang baca semua iklan di dinding tersebut. Dan abang perasan dua iklan ini:
Ini ialah iklan ibubapa sedang mencari pengasuh untuk anak mereka.
Yang ini pula iklan mencari ibu bapa yang sedang mencari pengasuh.
....
Masalah selesai.
2015, masih perihal kahwin.
Benda ni dah tak boleh dibiarkan lagi.
Mak abah abang baru pulang dari kampung. Sebulan juga mereka ke sana, sebab abah abang mahu membersihkan kebun dan menanam baja sawit. Selama sebulan itu juga kami adik beradik makan friskis.
Selepas sebulan, semalam mereka balik rumah.
Dan pagi tadi, setelah sekian lama tak bersarapan cekodok, mak abang tiba-tiba bertanya,
"Hah Mai, awak nak meminang anak siapa, dah ada calon? Meh sini bagitau mama, biar mama masuk meminang"
Abang terkejut, tapi abang buat rilek. Ada juga dia sebut nama anak pakcik ini, anak pakcik itu. Tapi abang tak respon apa-apa. Abang tahu, dekat Sungai Buloh mana ada perempuan bujang yang masih single.
"Kalau tak ada, dekat Segamat tu ada. Mama dah tanya-tanya dah. Kalau awak nak cikgu pun boleh, mama boleh tanyakan dengan makcik awak yang kerja cikgu di Segamat tu."
Abang masih diam.
"Kalau awak nak yang kerja biasa-biasa pun ada je. Masa kat Segamat mama ada jumpa geng masjid baru. Anak dara dia pun bujang juga, kerja di KL."
Ah, sudah. Nampak sangat teringinnya mak abang nak dapat menantu baru. Kesian pun ada. Satu benda yang abang tersedar, semakin umur kita meningkat, umur orang tua kita juga sama naik. Abang dikira masih bernasib baik masih mempunyai ibubapa yang masih mampu berjalan ke sana sini. Yang masih ceria.
Abang dah jadi tak tahu nak jawab apa.
"Entahlah ma, kalau mama nak carikan, kerja apa-apa pun boleh. Orang Segamat ke Sungai Buloh ke, tak kisahlah. Asalkan mama berkenan."
P/s: Hmmmm kesian, teringin.
Saturday, January 24, 2015
2015
Lets just skip 2014, and start fresh in 2015, shall we?
Sorry lah lama tak update.
Okey.
Sekarang, abang selalu kena ikut bos abang pergi meeting.
Siang tadi, kami kena jumpa vendor. Untuk apa, itu tak perlu abang terangkan.
Ini kali pertama abang jumpa senior finance manager yang ini. Turut serta ialah regional manager dan senior sales manager mereka.
Masa melangkah masuk ke dalam bilik meeting, abang tengah bawa sebuah kotak. Lepas sahaja abang letakkan kotak atas meja, abang hulurkan tangan kepada finance manager tadi.
"Encik Akmal..."
Abang memperkenalkan nama abang dan kami berjabat tangan sambil dia membalas dengan namanya pula.
...
......
........
"Pundek, apahal aku kena sebut 'encik' pulak tadi? Formaliti tu takpe, tapi macam mana aku boleh tercakap 'encik' pulak?"
Ujar abang dalam hati.
Sial la, harap dia salah dengar, dia ingat abang orang Kedah dan abang kata "Nama ceq Akmal".
Tapi rasanya tak. There were like 3 seconds of awkward silent before he finally broke it with even weirder question:
"Korang ada kalendar kuda?"
"Haaahh?"
Abang tercengang.
"Kalendar kuda, kalendar kuda. Yang gantung kat dinding tuu"
"Ohhh. Tak ada. Selalu supplier bagi kalendar meja je."
"Hah, nah. Ini kitorang punya kalendar kuda."
Abang harap abang seronok bekerja dalam bidang ini.
Sorry lah lama tak update.
Okey.
Sekarang, abang selalu kena ikut bos abang pergi meeting.
Siang tadi, kami kena jumpa vendor. Untuk apa, itu tak perlu abang terangkan.
Ini kali pertama abang jumpa senior finance manager yang ini. Turut serta ialah regional manager dan senior sales manager mereka.
Masa melangkah masuk ke dalam bilik meeting, abang tengah bawa sebuah kotak. Lepas sahaja abang letakkan kotak atas meja, abang hulurkan tangan kepada finance manager tadi.
"Encik Akmal..."
Abang memperkenalkan nama abang dan kami berjabat tangan sambil dia membalas dengan namanya pula.
...
......
........
"Pundek, apahal aku kena sebut 'encik' pulak tadi? Formaliti tu takpe, tapi macam mana aku boleh tercakap 'encik' pulak?"
Ujar abang dalam hati.
Sial la, harap dia salah dengar, dia ingat abang orang Kedah dan abang kata "Nama ceq Akmal".
Tapi rasanya tak. There were like 3 seconds of awkward silent before he finally broke it with even weirder question:
"Korang ada kalendar kuda?"
"Haaahh?"
Abang tercengang.
"Kalendar kuda, kalendar kuda. Yang gantung kat dinding tuu"
"Ohhh. Tak ada. Selalu supplier bagi kalendar meja je."
"Hah, nah. Ini kitorang punya kalendar kuda."
Abang harap abang seronok bekerja dalam bidang ini.
Sunday, August 25, 2013
Tolonglah, kau tak layak.
#PrayForEgypt.
Semalam gua ada lepak dengan seorang kutu bernama Nasa dan Pipit. Selaku kutu-kutu yang bertamadun sama macam gua, antara isu yang kami bincangkan semasa lepak adalah isu-isu dunia seperti isu tersalah ambil order kopi O ais, isu cari kerja, isu random act of kindness, dan isu Whatsapp celaka yang selalu memutuskan hubungan pakwe-makwe hanya kerana bergaduhkan 'last seen'.
Okay yang pasal Whatsapp tu isu gua seorang saja sebenarnya. Hihi sorry ex-girlfriend, janji tak buat lagi.Eh?
Okay sambung. Antara isu berat yang kami bincangkan ialah mengenai posting-posting di Facebook. Jadi biar gua kongsikan di sini.
1- Kami ada masalah dengan fanatic posts yang berada di Facebook.
Ambil contoh;
Sebelum pilihanraya, kau sibuk post hal politik. Habis semua post dari page-page politik kegemaran kau, kau share pada kawan-kawan kau. Padahal aku pun ada like page-page politik. Dan aku dah tengok post yang sama dari page tersebut dan page-page lain. Sekarang ni kau, Abu, Dolah, Husin, dan hampir semua kawan-kawan aku yang giat berpolitik share benda yang sama. Ini adalah fanatic posts. Same goes with football fanatics and semangat-kenegerian fanatics.
Protip: Lain kali cuba like page kedua-dua belah pihak. Jadi anda yang penyokong kerajaan akan dapat berdebat terus dalam post-post pembangkang, dan rakan anda yang penyokong pembangkang akan dapat berdebat terus dalam post-post pro-kerajaan. Win-win situation sebab anda tak perlu share untuk rakan macam kami. Kalau kami rasa nak tau pasal politik, kami buka page politik.
Sebenarnya kami buka Facebook sebab nak tengok akak-akak opis share gambar makanan je!
2- Kami (sebenarnya gua je) ada masalah dengan update pasal anak-anak.
Gua rasa, akak-akak ni masuk opis lepas tu terus teringat dekat anak-anak. Dan terus taip "Malam tadi anak saya Musalman tak nak tidur awal. Sibuk mengacau adik Damia yang memang suka menangis tu.."
Come on, who the hell cares?
Sini, biar saya terangkan guideline saya ye kak. Kalau akak rasa anak akak bermasalah dan akak perlukan pendapat kami, akak post lah masalah anak akak tu dan kalau saya tau serba sikit, insyaAllah saya akan beri pendapat. Tapi kalau akak post "Hari ini anak saya Musalman berak bersepah ala gelinya..." itu maknanya akak yang bermasalah sebab tak ada kawan kat opis kan? Kan? Eleh eleh tak ngaku...
3- Kami ada masalah dengan butang like kami.
*Ini adalah gambar anak yang kehilangan buah pinggang sejak lahir.*
1 like= 1 du'a.
1 share = 1 pahala.
Who are you now. God?
4- Mesir / Palestin / Lubnan / Iraq / Afghanistan.
Maafkan gua, tapi gua rasakan memang kena nyatakan di sini;
Kalau rasa tak layak, jangan share dan terus sambung chatting dengan makwe atau baca komik.
Gua peduli. Semua orang peduli. Semua orang tahu. Yang dah tahu, pandai-pandailah doakan.
Tapi kalau rasa sembahyang tak cukup, main judi, merempit, dan suka menonton buah-buahan, lupakan je hasrat untuk share dan pura-pura taip doa tu. Simpati pada diri sendiri dulu.
Kalau rasa jiran sebelah selalu kesempitan hidup dan tak cukup makan tapi kau buat tak tau je, jangan hipokrit sangat nak doakan orang Mesir sana.
Kalau kau diam pun tak ada orang kata kau tak peduli.
Mengilai.
Yang ini gua dapat idea dari kisah benar seorang kawan.
Anda tak suka kalau rakan/pasangan/abah/pakcik driver anda merupakan seorang yang sering tertidur dalam kereta? Rilek, gua kan ada. Dan gua memang tengah dalam mood nak bagi tips ni:
1- Bukak google, cari file mp3 bunyi pontianak mengilai.
2- Download.
3- Cari CD kosong. Burn fail mp3 bunyi mengilai tersebut dalam CD kosong.
4- Bila anda rasakan pemandu mula rasa mengantuk, pasangkan CD tersebut pada CD Player kereta.
5- Kuatkan volume.
6- Cepat-cepat buat macam tengah tidur nyenyak.
p/s: Jangan risau, pemandu yang mengantuk takkan memandu dengan laju. Kalau anda risau dia terkejut lalu terbabas masuk gaung, sila abaikan tips nombor 6. Selamat mencuba!
Belasah
Untuk para wanita
Anda berasa tidak puas hati dengan pasangan anda?
Pasangan anda mempunyai wanita lain di hati mereka?
Pasangan anda mula botak tengah dan berperut boroi?
Pasangan anda tidak power?
Pasangan anda kurang romantis?
Pasangan anda kuat cemburu?
Atau anda kecewa sehingga kini mereka tak reti cuci pinggan sendiri?
Jangan bersedih.
Aku tak pernah dan tak akan endorse untuk mana-mana lelaki memukul mana-mana perempuan. Tak cool lah brader.
Protip: Tiap kali marah, bakar rokok. InsyaAllah, sakit la hati dia. Itu pun kalau dia sayang lu. Kalau dia tak kisah sebab dia tak sayang, lu rilek je. Gua ada banyak lagi rokok, kita lepak sekali.
Anda berasa tidak puas hati dengan pasangan anda?
Pasangan anda mempunyai wanita lain di hati mereka?
Pasangan anda mula botak tengah dan berperut boroi?
Pasangan anda tidak power?
Pasangan anda kurang romantis?
Pasangan anda kuat cemburu?
Atau anda kecewa sehingga kini mereka tak reti cuci pinggan sendiri?
Jangan bersedih.
Pasangan anda tetap kalah dengan brader ni.
Aku tak pernah dan tak akan endorse untuk mana-mana lelaki memukul mana-mana perempuan. Tak cool lah brader.
Protip: Tiap kali marah, bakar rokok. InsyaAllah, sakit la hati dia. Itu pun kalau dia sayang lu. Kalau dia tak kisah sebab dia tak sayang, lu rilek je. Gua ada banyak lagi rokok, kita lepak sekali.
Sunday, June 17, 2012
Girl's Logic 101
Kadang-kadang abang pelik, kenapa perempuan suka pergi wall perempuan lain dan kemudian tulis sesuatu yang bunyinya begini:
"Akak ni hawt lah!"
"Hai makwe cun!"
"Akak ni hawt lah!"
"Hai makwe cun!"
Bagi abang, ini adalah sesuatu yang pelik kerana pujian-pujian begini tak ada bila sesama lelaki berkomen di laman sosial. Kami sesama lelaki tak akan puji begini. Kemudian abang terjumpa sesuatu yang dapat merungkai persoalan abang.
Perhatikan komen berwarna biru yang memuji tuan punya gambar (komen merah)
Nampak tak? Iya, sebenarnya dia minta dipuji. Self esteem boost.
Mystery solved, I rest my case.
Subscribe to:
Posts (Atom)