Sunday, July 25, 2010

Satu - Citarasa.

"Peh.. Lawa siot. Aku rasa ni la awek paling cun sekali kat sekolah kita ni."

Kata Kamal sambil membetulkan kerusinya. Kali ini kerusinya dialihkan menghadap ke arah tingkap.

"Yang mana satu?"

Tanya Emi sambil mengintai-ngintai di celah tingkap. Dia cuba untuk melihat kiri dan kanan di sebalik bukaan tingkap kelas tingkatan 5 PST yang kecil.

Kamal yang duduk di tepi tingkap cuba untuk memberi ruang kepada Emi. Suka dia melihat tindak-tanduk Emi mencari orang yang dimaksudkan Kamal itu. Bukannya Kamal tidak kenal dengan Emi. Pantang dengar perkataan 'awek cun'. Selama setahun lebih mereka menjadi rakan sekelas di sekolah itu, Kamal sudah menjadi begitu masak dengan perangai Emi.

Dan bulan lepas, sekolah mereka menerima pelajar baru. Sejak sebulan lepas juga, dua sahabat itu lebih banyak meluangkan masa bercerita tentang pelajar junior yang comel-comel. Terutamanya Emi. Teruja sungguh bila bercerita tentang perempuan cantik.

Dan kali ini, giliran Kamal pula.

"Tu, yang pakai baju uniform PBSM tu,"

Kata Kamal sambil tersenyum. Emi masih mencari di sebalik bukaan tingkap kelas mereka yang kecil. Kamal yang berada di sebelahnya cuba membetulkan tag namanya yang senget. Memang, hari Rabu ialah hari di mana semua pelajar sekolah itu memakai pakaian uniform masing-masing mengikut persatuan yang mereka sertai dalam aktiviti ko-kurikulum. Kamal segak dengan pakaian Kadet Remaja, manakala Emi pula dengan uniform Kadet Polis.

"Oh, aku dah nampak. Tapi ada dua orang la yang pakai baju PBSM. Yang belah kiri ke kanan ni Mal?"

...


"Tekalah."

Emi memandang Kamal.

"Wei, kau nak suruh aku teka pulak? Bagi aku, dua-dua tak lawa. Biasa-biasa je aku tengok."

Kamal pandang tepat ke arah Emi. Kali ini wajahnya serius.

"Beb, cuba kau tengok betul-betul. Itu lah engkau, tengok awek badan solid, kau kata cantik. Tapi aku lain. Benda first sekali bagi aku untuk nilai awek tu cantik ke tidak, aku tengok mata dia. Lepas tu aku tengok muka dia bila dia senyum. Lepas tu aku tengok pulak gaya dia bila dia bercakap dengan kawan-kawan dia. Bagi aku, awek depan kelas kita ni la paling cantik. Tu, kau tengok gaya dia tu. Lemah lembut je."

Panjang lebar Kamal cuba mempertahankan pendapatnya. Dia tidak dapat menerima bila Emi mengatakan yang gadis yang kini berada di koridor kelas mereka itu sebagai 'biasa-biasa'.

"Huh, memang lain lah citarasa kita"

Emi mencebik bibir, seakan-akan tidak mahu mengalah. Kamal mengalihkan pandangannya kembali ke arah gadis yang berada di koridor itu. Gadis itu masih lagi berbual dengan rakannya. Wajah gadis itu sangat comel di mata Kamal.



***kriiiiinggggggggggggggg!!!***



Loceng menjerit lantang, menandakan bahawa waktu rehat telah tamat. Kamal segera mengeluarkan buku Pendidikan Agama Islam yang berada di dalam begnya. Emi masih tekun memandang ke luar tingkap.

"Weh, awek tadi perasan kita tengah usha dia dow! Kantoi!"

Emi separa menjerit, sambil menepuk bahu Kamal dan memuncungkan mulutnya ke arah tingkap. Kamal segera menoleh.

Gadis itu telah masuk ke dalam kelas. Yang tinggal hanya rakannya yang masih memandang mereka sambil tersenyum.

Kamal menoleh ke arah Emi.

"Biar betul?"


(bersambung...)


Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: