Mencabar la bagi gua. Lu bayangkan, kalau kat rumah:
- Tiap-tiap hari bangun awal. Subuh memang on time. Mak gua akan lantang bersuara persis ahli politik kalau gua tak bangun Subuh.
- Pagi-pagi bangun terus cuci sangkar kucing. Bau macam bau neraka. Tak guna betul. Kalau dia berak keluar kamera DSLR Nikon suka la gua.
- Gua dan adik gua akan berbincang untuk mendapatkan sarapan pagi kalau semua orang kat rumah pergi kerja. Kadang-kadang sampai bertumbuk untuk memutuskan siapa yang patut pergi kedai beli nasi lemak. Tapi selalunya gua kalah. Kasi can.
- Part basuh kain paling nikmat. Kadang-kadang pasang lagu kuat-kuat, lepas tu menari sambil tekan punat kat mesin basuh.
- Tapi nak menjemur kain, haram... Sekali lagi gua dan adik gua bertumbuk. Bukan apa, tak kacip la anak jantan jemur kain. Buatnya kena ngorat dengan anak perempuan jiran sewaktu sedang jemur kain, tak manis pula dipandang kan...
- Waktu lunch. Masa ni gua akan pura-pura tidur di depan TV. Adik gua ni kalau tak ada orang nampak, dia akan memasak di dapur. Kalau gua bangun, dia akan cakap dia beli lauk kat kedai. Sampai sekarang dia ingat gua tak tau rahsia hobi memasak dia.
- Kadang-kadang mak gua sebelum pergi kerja, beliau akan suruh kami berdua kemas rumah. Adik gua paling rajin buat kerja-kerja tak bujang macam ni. Gua rilek je tengok Gitu-Gitu Apek.
- Petang. Masa ni gua dan adik gua pergi lepak di tepi padang sambil berbual kosong. Kadang-kadang pekerja Indonesia yang main bola kat padang tu akan ajak kami berentap. Kami memang pantang dicabar. Tapi selalunya kami kalah. Alah kasi can. Lagipun penyokong kat luar tak bawak bendera Malaysia pun.
-Malam. Masa ni rumah gua dah ramai sikit. Semua dah balik kerja. Waktu-waktu macam ni, kalau gua suruh akak gua belanja makan kat restoran seafood pun, dia layankan aje.
- Tengah malam. Waktu ni gua dan geng-geng adik gua akan carik tempat lepak. Tapi selalunya dekat sebelah bilik mayat hospital. Kami berani lu kata? Ada geng-geng kaki judi kat tempat gua ni lagi berani. Diorang boleh bantai main judi kat dalam bilik mayat.
Lu bayangkan, selama 2 bulan cuti semester gua tahun lepas, kebanyakkannya gua habiskan dengan rutin di atas setiap hari.
SETIAP HARI.
Rasa macam membazir cuti yang pihak universiti bagi je, kan? Jadi, sekarang gua mesti memikirkan cara untuk menjadikan cuti gua lebih bermakna. Sebab tu lah, gua tengah berusaha untuk mengumpul duit untuk hobi baru gua, RC Drift Car.
Sambil-sambil tu, gua sibuk cari kereta 2nd hand kat laman web RC-10 ni. Yang baru mahal sangat, macam cilake. Dari beli baru, baik duit tu gua simpan kat Tabung Haji.
MonoLamka: Nah, gua belanja lu gambar adik gua.