Monday, November 30, 2009

Cuaca apakah anda dalam blogosphere?

Sebelum apa-apa, gua nak bagitau yang gua klasifikasikan blog-blog ini dari sudut pandangan gua. Dah blog gua, sukati lah gua nak kategorikan macam mana pun! Haha!!

Jenis- Interest/ Hobi/ Info.
Gambar- Banyak.
Ayat- Pun banyak.

Sasaran- Mereka yang mempunyai hobi yang sama.


Jenis ni yang ramai kebanyakan orang akan jumpa kalau diorang taip dalam blogsearch google berdasarkan kriteria yang diorang cari. Contohnya, kalau lu orang search 'DSLR', 'lomography', 'scene indie malaysia', 'trend fesyen terkini', 'novel online' atau apa-apa sahaja la yang boleh dijadikan hobi, lu orang akan jumpa blog-blog sebegini. Tentunya, dalam blog-blog ini penuh dengan gambar, tips-tips berguna dan penuh dengan komen-komen pembaca yang request macam-macam. Ada jugak yang bagi pendapat. Kritik pun boleh tahan banyak. Malah, banyak juga yang ucapkan terima kasih dan mendorong untuk diteruskan lagi minat pemilik blog.

Contoh- Adzfar.com, Hanis Zalikha, Sokernet, Geartinggi, The Twinnies.

Jenis- Isu semasa/ Kritis/
Pendapat
Gambar- Kureng.
Ayat- Banyak.
Sasaran- Journalist/ Mereka yang rajin membaca. Kalau baca skip-skip memang kodi.

Blog ini pun ramai orang baca. Sama ada berkaitan politik, akademik, perkauman, apa-apa sahaja la yang berkaitan dengan isu semasa. Bias atau tidak, itu adalah hak penulis yang cuba menyampaikan. Penulis bukan sahaja bagi pendapat, malah disertai dengan link-link atau info-info berkaitan. Mereka antara yang mepunyai pengetahuan luas dalam menulis, bukan sekadar menyokong sesuatu tanpa sebarang ilmu. Komentar pula biasanya terdiri dari dua; sama ada menyokong atau mencaci penulis. Tapi penulis biasalah, cool sahaja. Diorang tak melenting balik. Cuma kena hati-hatilah, jangan bagi pakcik-pakcik kat ISA marah. Takut nanti kena tidur kat Sungai Buloh macam pemilik website ini.

Contoh- Education in Malaysia, Faisal Tehrani, Obefiend.

Jenis- Bisnes.
Gambar- Banyak gila babas.
Ayat- Hanya spesifikasi dan info, jadi tak banyak.

Sasaran- Pelanggan dalam talian/ orang malas nak pergi kedai.


Ini style businessman moden. Sambil makan pun, duk sibuk check e-mail. Mana lah tau, kalau ada pelanggan yang berminat dengan produk mereka. Diorang iklankan produk, letak gambar-gambar menarik, sediakan spesifikasi, dan sertakan harga sekali.

Contoh- Blog Abang Gua, member gua kat matrik, bundle feveret gua,

Jenis- Hiburan/ Cerita/ Humor.
Gambar- Adalah sikit-sikit.
Ayat- Kalau yang dah mahir, ayat sepatah dua pun dah menghiburkan.
Sasaran- Terbuka/ mereka yang kebosanan.

Blog macam ni pun selalu jugak akak-akak kat opis bukak masa tengah bosan atau masa baru lepas kena marah ngan bos. Biasanya pemilik blog adalah lelaki. Ada yang dakwa kisah benar, ada yang reka sendiri. Tapi itu tak menjadi hal, kerana memang susunan ayat penulis dalam bercerita sangat kelakar.

Contoh- Blog kazen gua, Hilang Punca, Hapacrita.

Jenis- Puitis/ Melankolik/ Makan dalam.
Gambar- Kurang. Hanya ada kalau perlu.
Ayat- Beberapa baris ayat, tapi kena faham setiap patah perkataan.
Sasaran- Peminat novel/ budak yang dapat A1 dalam Bahasa Melayu SPM.

Isu, masalah peribadi, konflik dalaman, atau sekadar seni bahasa, inilah blognya. Gua tak tau nak terangkan macam mana. Bukak lah sendiri.

Contoh- Zahiril Adzim, Aku Pijak Kau, Tulisan Putih.

Jenis- Budak-budak Universiti/ Pelajar terpelajar.
Gambar- Lebih kurang.
Ayat- Kadang-kadang banyak, kadang-kadang lagi banyak.

Sasaran- Terbuka/ Rakan sekuliah.

Sekarang ni biasalah, semua pun dah ada blog peribadi. Takkan hari-hari nak bukak Facebook je. Kandungannya pula vary; isu, cerita terkini, pengalaman pergi tempat orang, macam-macam lah! Dah kata budak universiti, macam-macam benda kitorang nak cerita.

Contoh- Blog Klasmet Gua, Penjenayah Merah Jambu, Aku Dia dan Bintang, Broken Pen,

Jenis- Paling gua benci.

Gambar- Gambar sendiri. Punya banyak sampai nak kena tunggu sejam baru habis load page.
Ayat- Pun banyak. Siap kaler-kaler sampai pening gua nak baca.

Sasaran- Budak-budak sekelas tingkatan 3 Matahari.

Cuba lu tengah online, tiba-tiba lu terbukak blog yang ada ayat macam ni:

"Hari nie I kua ngan bf I. Nak bwk g tgk wayang katanya. Cite tu besh! Masa tgk citer tu kan, bf I pegang tgn I. Romantiknyeee! Lps tu, kitorang g jln2 kat MidValley. Bf I belikan I patung teddy bear besar. Lepas tue kan, dia hantar I blk umah. Malam tue, kami SMS sampai kul 2am. Pastu, sebelum tido, bf I bagi kiss. I pun hepi~ yayang bf I, Syed Saripudin Rawop!"

atau ayat macam ni:

"Hari nie kat sekola, byk mendew x besh jadi taw. I dtg lambat, pastu kenew denda ngan Ustazah Zainab. I benci ngan ustazah tue! Sukew denda I. Dah ar masew rehat, masew I lepak-lepak ngan Siti dan Nurul, tibew2 geng si Farah dtg kat kitorang. Farah katew kitorang ni gewdiks. Dia katew perangai kitorang macam bohsia. Bia ah, Farid tue memang sukew kat kitorang. Kepada Farah, lepas ni kow jgn nak rapat ngan Farid tue lagi! Kow tue yg gewdiks naks mampuss!! Farah b***!!!"


Macam gampang kan ayat dia? Nak gua explain lagi?

Contoh- tak payah susah-susah. Lu taip je nama budak pompuan yang lu kenal. Mesti dapat jumpa punya blog budak2 sekolah camni. Baca lama2 boleh buta mata.



P/s: Blog anda di mana?

So they were wrong after all...

"Chelsea's gonna lose. There's a thin line that differs the champions, the invincibles and the rising young talents. Yes, it is significant, but this Arsenal is not the same team that we had seen all these years back then. 2-0 to The Gunners."

-Some pundits.

"Domestic referees cannot do their job well. The don't have the required fitness to match the players' pace. They miss lot of things on the field. Hence, we were denied few penalties. We lose a lot of points just because of that. I think that referees in the European stage are way better than in England."

-A respected manager from a well-known club.

But last week,

- Chelsea won at The Emirates against Arsenal,

- And 2 penalties were given to United, and another one to Portsmouth.

How wrong can you guys be, eh? So please lah, next time, do make a statement without any emotional judgement.

This is also why we, with Carlo Ancelotti's style, keep on silent. We used to win the title with Jose 'Motormouth' Mourinho. But this time around, we will creeply win the title.

Monday, November 23, 2009

Kepada bakal girlfriend: Maaf ye. Saya sudah tidak...

Kesayangan (nombor 2), Akid Madhihah datang rumah gua hari tu. Kiranya first time la gua jumpa dia sejak balik semenanjung ni. Makin comel. Makin ceria. Dan yang paling penting, dah pandai sebut nama gua dengan betul. Sepatutnya nama gua disebut 'Cik Mai', tapi dia panggil gua 'Man'. Entah Man mana, itu masih lagi misteri.


Pada malam Sabtu itu hari, gua lepak lepak depan laptop. Kemas-kemas fail dalam hard disk, sebab kesayangan (nombor 1) kata nak pinjam. Memanglah tak ada porno, tapi gua risau kalau dia tertengok filem-filem seperti Not Another Gay Movie, Brokeback Mountain, ataupun video-video 'best gore' kegemaran Leo. Selepas siap kemas kini hard disk, gua pergi ke ruang tamu. Gua tengok si Madhihah tengah main dengan selimut. Dia tutup badan dia dengan selimut tu, lepas tu dia jalan ke hulu ke hilir. Konon hantu la.

"Mesti dia tengah bosan" fikir gua. Lalu gua pun layan la 'permainan' dia. Mula-mula gua pura-pura takut, gua jerit sedikit seperti makwe yang comel terjumpa hantu. Dia dah gelak gelak seronok. Lepas tu gua masuk sekali dalam selimut tu. Sebab gua pun nak jadi hantu jugak. Tapi dia tak nak keluar dari selimut tu. Jadi kami berdua pun main sergah-sergah dalam selimut sambil ketawa-ketawa. Sekali-sekala gua angkat selimut tu sikit, supaya kami tak mati kelemasan.

Lepas tu gua dah penat. Gua pekena baring. Masih ditutup selimut. Gelap. Tiba-tiba gua rasa nak pejam mata. Tapi Madhihah masih cuba nak menakutkan gua. Macam mana pun dia mengilai, dia tetap tak berjaya takutkan gua. Gua ketawa adalah. Sebab sambil mengilai, dia membebel dalam bahasa bayi yang gua tak berapa faham. Comel sangat.

Tiba-tiba dia diam. Gua buat tak tahu. Tapi apakan daya, sikap tidak-ambil-tahu gua membawa padah. Bunyi nafas Madhihah makin dekat. Begitu juga dengan bau syampu dan losyen bayi.

Makin dekat.

Makin dekat.

Makin dekat.

*chuppp!!*

p/s: Kepada gadis-gadis di luar sana, jika saya mengatakan bahawa saya masih simpan 1st kiss saya untuk yang benar-benar layak, mungkin saya terlupa tentang kejadian ini. Bukan niat mahu menipu ye.

Lagipun tak sempat nak elak (T.T)

Saturday, November 14, 2009

Jangan risau sayang, gua bukan seperti blogger jahat itu.

Tom: Gua suka kat lu.

Summer: Suka sebagai kawan?

Tom: Tak, gua suka love-love. Suka nak romen-romen.

Summer: Tapi gua tak suka jadi awek orang. Gua tak percaya chenta-chenta ni.

Tom: Lu tak rasa lagi kot rasa chenta tu.

Summer: Tom, chenta tak wujud. Chenta cuma fantasi. Kita kawan je lah okeh?

Dengan harapan masa akan merubah pendirian Summer, Tom pun follow the flow. Tapi hujung-hujung, Summer kahwin dengan lelaki lain.

Sumber: Filem 500 Days of Summer.


Ramai orang kata Summer dalam filem ini adalah seorang bitch. Perempuan jahat. Kalau gua menentang dengan mengatakan Summer bukanlah seorang bitch, itu bermaksud gua cuba menentang dunia.

Bagi gua, kesilapan Summer adalah :

1: Dia mengatakan "There's no such thing as LOVE", dan kemudian berkahwin dengan lelaki lain.
2: Sexual need. Dia layan Tom lebih dari kawan bila dia tengah sangap. They hug, kiss, watch porn together, and doing stuffs.
3: Mengatakan "You're still my best friend" kepada orang yang menyukai anda adalah satu statement yang sebenarnya bermaksud "You're still my best gay friend". Sangat insulting bagi lelaki.
4: Summer pun percaya pada destinasi, tapi dia rasakan masanya belum tiba. Dan dia jadikan Tom sebagai destinasi perhentian, untuk sementara. Bila Summer dah tiba di destinasinya, Tom dibiarkan terkapai-kapai seorang diri tanpa hala tuju. Bangsat, kan?

Dahlah, gua malas nak cerita lebih-lebih. Lu tengok la sendiri. Sangat sesuai untuk orang-orang yang tak cukup hensem, ada hati nak ada makwe cantik, tapi selalu di-reject oleh makwe-makwe. Lu layan filem ni, bila dah dapat idea, boleh buat filem kutuk-kutuk makwe yang lu tak dapat tu.

Filem 500 Days of Summer ni adalah contoh terbaik. Berikut adalah kata-kata penulis skrip pada permulaan filem ini:

"The following is a work of fiction. Any resemblance to persons living or dead is purely coincidential.

Especially you Jenny Beckman.

Bitch."


Hahaha.. Bapak jahat sial penulis skrip dia ni!

Eh, dapat tangkap tak apa yang gua nak sampaikan dalam entri kali ni? Kalau tak, sila baca balik tajuk entri ini.




Bitch.

Saturday, November 7, 2009

Gua tak boleh kalau buat tak tahu je. (Style Abang Pipi)

Mai, ko bila balik?
-Ijah

Kepada Ijah:
Aku balik 17 haribulan. Nape?

Beb, makan.
-Faizal

Kepada Faizal:
Lu orang dah makan ke? Sorilah, gua baru bangun.

Mai, ko exam ke? Ko tolong check berapa harga Blueberry. Kawan aku nak tolak kat aku. RM1000.
-Bang Long

Kepada Abang Long:
Aku baru check tadi. Ko pasti ke dia nak jual Blueberry RM1000? Sebab kalau kalo Blueberry cikai je handphone dia, dalam RM400. Blackberry baru la 'cara', harga dia dalam RM2000 ke atas. Ko tanya dia itu Blackberry ke Blueberry. Lepas tu tanya model apa.

Mai ko ada duit tak? Ikut aku naik gunung cuti nanti nak tak?

-Faiz

Kepada Faiz:
Aku nak top up pun tak ada duit, nak naik gunung kejadahnye.

Beb, kota jutawan Ipoh ke Penang ek?
-Faizal

Kepada Faizal:
Apa jadah tanya soalan macam ni kat gua?

p/s: Sorry lah semua. Gua tak ada kredit. Tapi gua pantang kalau buat tak tau je SMS orang. Jadi walaupun tak ada kredit, gua tetap rasa nak reply, dengan menggunakan method Abang Pipi. Walaupun soalan yang dikirim dalam SMS itu serupa gampang. Tapi setakat SMS boleh la gua reply. Kalau main miss call, maaflah, gua tak dapat nak miss call balik. Jadi kepada 'Perempuan Gila', minta maaflah ye. Ada kredit nanti kita main misscall- misscall macam selalu ye!

*Kepada 'kesayangan':
Dah elok demam tu? Jaga diri elok-elok tau. Lepas ni takmo main-main kat luar lagi. Duduk je kat rumah, belajar goreng bihun kasi sedap.

Friday, November 6, 2009

Hidup ini memang 'palat', tapi blog masih ada

Apa itu palat? Ada sesetengah kita yang masih tak tahu. Palat, atau orang Amerika akan kata 'fucked up', adalah satu situasi yang kita tak jangka akan terjadi bila kita jangkakan semuanya elok sahaja. Biasanya kita tak jangka ia akan terjadi dan bila ia terjadi, baru perkataan 'palat' akan terkeluar dari mulut kita.

Gua tak tahu macam mana nak terangkan dalam Bahasa Melayu. Jadi, gua akan gunakan analogi situasi yang mungkin berkaitan.

Baik lah, gua mulakan dengan paper Bahasa Jepun gua hari tu.

Madam Fumie, pengajar gua, mengatakan bahawa paper final akan terbahagi kepada 3 bahagian; objektif, struktur dan esei. Bila terbayangkan 'objektif', kami menjangkakan soalan dengan pilihan jawapan 'A/B/C/D' akan keluar. Tapi bila tiba waktu peperiksaan, tiada sepatah haram pun soalan yang mempunyai pilihan jawapan objektif. Yang ada ialah isi tempat kosong dengan jawapan yang telah diberikan . Ada 15 soalan, dan jawapan yang diberi ada 20. Palat, kan? Apa yang gua dapat jangka sekarang, bahagian 'objektif' gua dapat KOSONG. Belum tentu lagi bahagian struktur dan esei gua dapat score. Palat.



Sekarang, dah faham apa itu palat? Lebih kurang macam kena 'back stab' lah rasanya. Sangat 'sweet'.

Situasi kedua, bila kawan kau , A gunakan nama kau sebagai 'si mulut jahat' yang buat fitnah, supaya A dapat break up dengan girlfriend dia, iaitu B. A memutuskan hubungan dengan B atas alasan 'seseorang' telah memberitahunya yang B check-in ke hotel dengan lelaki lain. Kerana kau dan B saling tidak mengenali dan kau takkan berjumpa dengan B, A telah menjadikan kau sebagai 'seseorang' itu. Padahal, A sendiri yang mereka-reka cerita. Situasi "B check-in ke hotel dengan lelaki lain, kau ternampak B di hotel itu dan kau memberitahu A" tak pernah pun terjadi. Palat, bukan? Sekarang, A sedang bahagia dengan girlfriend barunya. Bila A dan girlfriend barunya ternampak kau, dia akan buat-buat macam sangat sakit hati dengan kau. Babi.

Situasi ketiga, bila kawan kau balik rumah dan ceritakan segala keburukan kau kepada ahli keluarganya. Mungkin sekadar untuk berjenaka dan dijadikan bahan ketawa masa makan malam bersama keluarga. Tapi kesannya sangat besar. Pada suatu hari, ibu kawan kau itu datang ke asrama untuk berjumpa anaknya. Bila kau terserempak dengan ibunya, kau memberikan satu senyuman ikhlas. Tapi ibunya pandang kau dengan pandangan yang paling keji pernah kau rasakan. Palat, bukan? Paling palat, kau sendiri tak tahu apa yang kawan kau telah ceritakan pada ibunya itu.

Banyak lagi situasi yang dapat menerangkan perkataan 'palat' ni sebenarnya. Yang terbaru, bila gua buka Facebook. Tapi gua malas nak taip banyak-banyak. Bikin hati panas je. Dia pun lepas ni dapat baca benda ni, jadi sendiri fahamlah kan. Tapi paling gua tak faham, apa yang membuatkan gua boleh dipalat oleh kawan sendiri ye? Terutamanya bila gua langsung tak pernah buat hal dengan dia. Dia buat hal dia, dan gua buat hal gua.

Dunia,kan? Macam-macam manusia kita boleh jumpa. Tapi takpe lah, biarlah dia dengan dunia dia, gua dengan blog gua. Dia serang, gua balas di sini.

p/s: Ada siapa-siapa lagi yang nak palat gua? Silakan, fuck up my life. Game's on, if you wanna play. I don't give a shit. Show me what you've got, just do what you do best, and I'll just being me.

Monday, November 2, 2009

Kesayangan?

"Mal, kau dengan At***h masih berkawan lagi kah?"

"Kenapa?"

"Saja je tanya. Macam dah tak ada je lagi aku dengar handphone kau berbunyi. Ahaks!!"


Cis!! Gua yang sedang sibuk tonton video cara-cara nak belajar street magic performance tiba-tiba rasa terpukul dengan soalan itu. Magic entah ke mana, fikiran gua entah ke mana. Terus mencari handphone yang tak ada kredit, mana lah tahu tiba-tiba ada 21 missed call dari dia.

Baiklah, begini. Gua masih sayangkan dia, dia masih kesayangan gua. Tapi dia ada dunia dia dan gua ada dunia gua sendiri, okey. Sekarang gua dah malas nak sibuk-sibuk bertanya khabar macam dulu. Sebab pernah secara halus, dia meminta sedikit ruang untuk dia, dan gua beri dia ruang itu. Senang cerita, apa yang dia mahu, gua ikut je. Selagi daya, gua cuba untuk faham dia. Tapi apa yang membuat dia cuba menjauh, gua tak pasti dan gua masih tak tahu sampai sekarang. Mungkin itulah keupayaan masa, mampu mengubah keadaan.

Yang pasti, semua kata-kata dia, gua simpan sampai bila-bila. Dan satu harapan yang pernah dia beri dulu, gua genggam erat.

*bunyi handphone*

Ada 1 mesej.

"All d best 4 final Akmal"

Sent by: Khairol U

Well, getting a text message from a guy wishing you for your final exam doesn't make you a gay, kan?

p/s: Sekarang dah mula minggu exam. Jadi gua ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan all the best untuk semua student-student IPT yang bakal mengambil peperiksaan dan student Unimas terutamanya. Harap-harap tak ada pelajar lelaki yang stress belajar sampai histeria. Gua terajang je kalau jumpa kes ngada-ngada macam ni. Ini satu amaran!

Thursday, October 29, 2009

Antara ayat-ayat tak popular di hujung semester yang mungkin terkeluar dari mulut gua.

Kalau dulu,

"Kafe mana yang ada lauk sedap-sedap? Mahal pun takpe, janji sedap."

Sekarang,

"Kafe mana yang jual nasi kosong paling sedap? Gua tengah takde duit ni."


Sekian, terima kasih.

p/s: Harap-harap mama gua terbaca blog gua ni. Gua malu lah nak mintak duit kat beliau. Sepanjang belajar kat sini, gua tak pernah mintak duit kat beliau, jadi gua tak tau nak susun ayat macam mana. Boleh tolong gua tak?


Cepat, sebelum gua mati kelaparan.