Friday, May 1, 2009

Soalan? Gua dah muak.

Berikut adalah senarai soalan yang gua akan hadapi bila gua balik semenanjung Jumaat ini. Tapi gua dah standby dah jawapan padu untuk semua soalan ni.

"Eh, hidup lagi kau? Lama aku tak nampak kau. Pergi mana?"

Yang ni la paling selalu. Soalan ini biasanya dari kawan-kawan sekolah yang masih menetap di Sungai Buloh, lepak kat warung yang sama, naik motor yang sama, dan beli top up di kedai yang sama. Tapi ada jugak kawan yang dah kerja dan memang jarang nampak muka tanya soalan ni kat gua. Yang ini gua pelik. Lu pun jarang lepak, gua pulak belajar jauh, lagi nak tanya soalan cepu emas kan?

"Cuti ke? Berapa lama?"

Soalan ni klise gila. Ni kalau gua terserempak dengan makcik-makcik jiran masa gua dalam perjalanan mencari rezeki. Bayangkan kalau ada 74 makcik kat kejiranan rumah gua, gua kena jawab soalan yang sama sebanyak 74 kali. Sampai satu tahap gua rasa macam nak tampal kertas "Saya sedang bercuti selama dua bulan" kat belakang baju gua.

"Berapa tiket flight hari tu?"

Yang ini dari uncle-uncle gua, setiap kali gua balik. SETIAP KALI. Cuba la tanya soalan berkualiti sikit. Kenapa, nak mempersendakan gua? Ingat gua menyusahkan mak bapak ke belajar jauh-jauh? PTPTN kan ada. Lagipun, tiket sekarang murah la wahai uncleku...

"Macam mana belajar? Pointer okay?"

Yang ini dari saudara-mara jugak. Terutamanya dari pakcik/makcik gua yang berkhidmat dalam profession pendidikan. Memang soalan ni juga yang akan ditanya, tak perlu risau. Setiap kali gua dengar soalan ni, gua akan mintak diri pergi ke tandas. Sakit perut. Tak pun gua akan pura-pura tolong emak kupas kulit kentang di dapur.

"Awek Sarawak cantik-cantik tak?"

Yang ini dari kawan-kawan yang baru tau gua belajar kat Sarawak. Kecantikan adalah perkara subjektif, jadi gua tak layan soalan camni. Ataupun gua akan counter balik dengan bertanya, "Kenapa? Nak cari awek kat sana ke? Ko dah banyak duit?"


Tapi ada satu soalan yang gua paling tak boleh handle. Kalau soalan lain tu senang-senang je gua pusing, tapi soalan ni susah sikit. Sampai hari ni gua tak dapat nak jawab. Rasa kebas je telinga kalau soalan ini berkumandang.



"Kat sana tak ada kedai gunting rambut ke?"

Puan Zaharah bertutur dengan jelas dan tenang. Adik dan abang gua cuba untuk melakukan serangan susulan...

Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Aku said...

kahkahkah...saya paling suke dgn soklan dr pn.Zaharah...idop Pn. Zaharah...!!

Encik Akmal said...

eleh... soalan enteng.

senang je kalau soalan ni berkumandang lagi.

"tak buleh gunting la ma. nanti lecturer kelas muzik marah."

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

haha yela tu mrh...alasan la tu kn?
btw rmbut u pnjang ke?

Encik Akmal said...

haha walhal tak ambik pun kelas muzik.
yup,agak pjg la...n i know, most girls don't really like guys with long hair. they say it's messy...hahaaa...tp dah minat kan, nak wat camana...