Wednesday, July 22, 2009

Oh, U wanna play? Bring it on!!

Petikan dari ruangan Forum, Berita Hairan 21 Julai


Bapa risau pengaruh guru kepada anak-anak.

Saya merupakan seorang bapa kepada dua orang anak yang kini belajar di sebuah sekolah rendah di sekitar daerah Ipoh di Negeri Perak. Berkerja sebagai penjawat awam dalam sektor pendidikan, saya memenuhi masa terluang dengan melayari web sesawang untuk mencari maklumat tentang arus pendidikan negara. Kadang kala, saya juga membuka laman blog bakal guru yang akan menjadi pewaris kepada guru-guru yang ada sekarang.

Semasa saya sedang sibuk melayari blog-blog bakal guru, saya rasa amat terkejut apabila mendapat tahu akan satu web blog yang mungkin terlepas pandang dari pantauan pihak berwajib. Blog tersebut secara terang-terangan cuba meracuni minda anak-anak kita dengan siri watak hero rempit yang berwajah pelik dari Jepun, yang dipanggil Masked Rider. Hero tersebut mempunyai motorsikal belalang dan cuba melawan raksasa jahat dengan menaiki motorsikal peliknya itu.

Apa kejadahnya semua ini? Bukankah kita mempunyai hero tempatan seperti Keluang Man, Cicak Man dan Mohd Amri Yahyah? Mengapa mesti diagungkan hero rempitan itu?

Dalam blog tersebut, beliau yang kini menuntut di sebuah IPTA yang melahirkan ramai guru juga dipercayai cuba memansuhkan industri muzik nasyid negara apabila cuba mempopularkan beberapa album Heavy Metal dari pemuzik-pemuzik barat.

Apa kejadahnya semua ini? Bukankah kita ada Mawi, Budak Kacamata dan New Boys? Hujan pun boleh tahan juga.

Apa yang menjadi kerisauan saya, guru tersebut dilihat mampu untuk mempengaruhi anak-anak saya. Keadaan menjadi serius, apabila anak saya yang Darjah Enam telah menyelongkar almari saya dan mengambil duit semata-mata untuk membeli kaset dan CD album Sepultura. Manakala anak kedua saya yang baru habis tadika telah mengambil duit dari tempat yang sama untuk membeli koleksi VCD Masked Rider dari yang pertama (Masked Rider The First), sehingga ke siri Masked Rider Faiz. Kegiatan mereka yang mengambil duit saya telah terkantoi apabila saya menyedari tabung 'Tabung Haji' saya telah dipecahkan.

Apa kejadahnya semua ini? Baik saya beli tabung ayam kalau saya tau akan jadi begini! Tabung Haji kata tabung keluaran mereka tu susah nak pecah!! Huh!!

Dari blog tersebut juga, saya percaya guru terbabit mempunyai kroni luar yang juga pelajar universiti dari selatan tanah air. Pelajar tersebut secara terang-terangan melakukan cubaan untuk mempromosikan filem-filem dan animasi yang boleh di'download' secara percuma. Saya percaya ramai peniaga VCD cetak rompak berasa kecewa dengan tindakan beliau.

"Dulu I peniaga VCD kat pasar malam area Pantai Dalam, tapi setelah jualan tidak memberangsangkan akibat kebocoran filem di internet, kini I menjual cendol. Sedap ni. Nak cuba? I buat sendiri tau!!"

Itu adalah antara luahan hati seorang penjual VCD cetak rompak yang sempat saya temui di warung cendol sekitar Pulau Pinang. Siasatan awal saya juga membawa kepada penemuan aktiviti mereka di awal penubuhan kumpulan ini. Bersama-sama surat komplen ini, saya sertakan gambar-gambar mereka.


(Wajah-wajah licik mereka sebelum melakukan jenayah)


(Semasa melakukan jenayah merompak Megi)

P/s: Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.
P/s/s: Pen merah, pen biru. U marah, I Love U.


Bear in mind that this post is categorized as "satirical". Links:
- Napesima
- Metal
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

ggambar last tu buat aku cakap "next time aku takmo beli maggie lagi.seram tengok muka kasih sayang melampau itu". :P

Encik Akmal said...

haha mamat ni memang tak beragak kalau bergambar. mesti buat benda pelik2.
btw, ko pun KMJ kan? ko ingat lagi x area mana ni?