Sunday, October 4, 2009

Vintage: Gambar Raya





Ini masa tahun berapa entah, gua pun kurang pasti. Tapi berdasarkan gigi gua yang tak berapa nak menjadi susunannya, gua syak gambar ni diambil pada Tahun Kuda...eh!! Maksud gua, pada tahun 1996. Masa ni sifir 8 pun gua tergagap-gagap lagi nak baca.

Masa ni raya best. Kalau balik kampung lah paling best. Sebab bilangan pakcik-makcik yang ramai, jadi gua boleh dapat duit raya dengan banyak. Itu belum kira lagi beraya kat keliling kampung tu. Mengikut kira-kira gua masa tu, kalau hal ini berterusan selama beberapa tahun lagi, duit raya gua sahaja dah boleh beli jetski.

Tapi sekarang? Raya macam gampang. Tak dapat bergambar dan bermaafan sesama keluarga di pagi raya. Semayang raya pun kantoi. Nak tunggu adik gua bersiap, sampai masjid tu penuh dengan bangla. Takkan nak semayang atas jalan. Nanti tak pasal-pasal masuk berita, dua beradik yang sedang semayang raya maut digilis lori yang sarat dengan kuih lapis. Tak ke malu mak ayah gua?

Yang pakcik-makcik gua pulak boleh buat hal. Gua ingat adik beradik boleh bergaduh sesama sendiri masa kecik-kecik je. Ini dah tua, nak bergaduh jugak. Lepas tu mulalah, tak nak balik kampung, sebab tak nak jumpa si polan-si polan. Gua dah plan, kalau suasana raya kat kampung macam ni jugak tahun depan, gua nak beraya kat Mid Valley lepas ni.


Sekarang, kamu-kamu-kamu dah tau kan kenapa gua malas nak bukak cerita pasal raya 2009?




p/s: Ini belum gua bukak citer pasal 'kesayangan' lagi ni... huhh!!
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

Haha,alasan kantoi tak pergi sembahyang raya tu memang agak susah untuk diterima akal tapi bolehlah diterima,walaupun agak susah untuk diterima akal (tolonglah faham,kenapa aku ulang dua kali,haha).Cerita menggeletek hati (gila geli aku type begini) tapi aku dapat tangkap isi pentingnya,jangan risau,aku pun tak suka nak buka cerita raya.






Siapa kata hari raya tu best?Hari raya tu seksalah.Jumpa saudara mara yang waktu kita susah dia buat macam anjing kurap,tapi bila raya pandai berdrama nak minta maaf tambah-tambah bila tahu famili kau dah hidup senang.Dan paling penting,aku tak suka bila kawan-kawan abang and adik aku datang,hensem sangat,berdarah hidung.Wuuuwuuuuu..

beeq said...

yang setahun sekali pon kantoi,,,
yg hari2 tu ntah mcm mane ek,,,
ish,,, ish,,, ish,,,