Itu hari gua ada pergi bandar sama Joe dan Leo. Jenis ponteng kelas, lepas tu tak tahu nak buat apa. Kata Joe, dia ada port baru untuk melepak. Tapi sebenarnya gua tahu, dia nak cari baju 'Saya sayang girlfren saya' untuk dipakai pergi kuliah. Tak pun baju 'Jangan kutuk shuffle, shuffle adalah seni'. Ayat kat baju macam haram. Gua nak nasihatkan, sesiapa yang ada baju macam ni, baik buang sebelum gua jumpa. Gua dah lama tak shuffle atas badan orang.
Sebaik sahaja sampai ke bandar, kami terus masuk ke kedai pakaian. Dengan sekelip mata, gua tengok Joe dah belek-belek design baju 'shuffle'. Gua dah agak. Leo pulak sibuk mencuba-cuba baju tidur wanita. Gua geleng kepala. Kerana segan, gua pergi tempat seluar. Gua capai sehelai seluar jeans saiz 28, lepas tu gua cari fitting room. Dua kali gua keluar masuk fitting room tu sebab kat luar dia ada tulisan 'Ini adalah fitting room, bukan tandas. Tandas ada di atas. Jangan biarkan anak anda kencing di sini'. Gua geleng kepala lagi.
Setelah selesai membuat onar di kedai pakaian, kami teruskan perjalanan. Tiba-tiba Joe mendakwa yang dia kelaparan. Kerana malas mahu menunggu di depan kedai waffle, gua merayau-rayau di kawasan sekeliling. Gua terjumpa kedai DVD. Gua masuk sambil berkata dalam hati, "Ni kalau terjumpa DVD Dragon Ball layan jugak ni".
Masuk ke kedai DVD, terus gua cari port DVD kartun. Dari cerita Naruto, Bleach, Upin Ipin, Bola Kampung, Anak-anak Sidek, semua jenis kartun ada. Dan semestinya, ada DVD Dragon Ball. Gua capai satu, lepas tu belek-belek dengan penuh konsentrasi. Tauke yang berdiri kat sepi gua cuba untuk berbuat baik. Soalan "Yes, boss? Mau cari cerita apa?" diajukan kepada gua dengan penuh budi bahasa. Tapi macam biasa, gua buat tak layan.
Semasa gua sibuk usha-usha DVD Dragon Ball, tiba-tiba ada seorang lelaki masuk. Bersama-sama lelaki itu, ada dua orang budak kecik berumur dalam 7-9 tahun. Lelaki itu membawa anak-anaknya ke tempat cerita kartun, iaitu tempat gua berada. Kedai itu yang tadinya sunyi, kini meriah dengan suara budak-budak itu. Macam-macam tajuk cerita kartun keluar dari mulut budak-budak tu. Ben 10 la, Avatar The Last Airbender lah, Spiderman lah... Kalau ikutkan amarah gua, gua dah tendang dada budak ni. Bising betul. Tapi kerana gua terkenang yang kedai DVD bukanlah perpustakaan, jadi gua izinkan budak-budak ini membuat bising.
"Eh ayah, ni cerita apa?"
Tiba-tiba gua terdengar budak kecik ni bertanya soalan itu kepada ayahnya. Kerana kami berada di bahagian kartun, di mana segala jenis nama kartun berada dalam ilmu pengetahuan budak itu, jadi gua berasa hairan. Tidak wajar sekiranya budak itu bertanyakan tajuk cerita kartun kepada ayahnya. Gua rasa berpeluh jugak ayah budak-budak tu nak menjawab soalan macam ni.
Budak itu bertanya lagi soalan tadi kepada ayah dan abangnya. Kali ini, dengan menunjukkan jari ke arah DVD itu. Gua alihkan pandangan gua ke arah DVD itu. Manalah tahu, kalau gua tahu tajuk cerita itu, bolehlah gua tolong jawabkan.
Tapi sebaik sahaja gua pandang ke arah DVD itu, gua terdiam.
Gua pandang tokei kedai. Tokei kedai senyum nipis.
Gua pandang ayah budak tu. Masih berpeluh memikirkan soalan anaknya.
Gua pandang cover depan DVD itu sekali lagi.
Gambar seorang gadis, dalam 17-19 tahun, memandang ke arah kamera dan duduk di atas lantai tanpa berpakaian dan di atas cover DVD itu tertulis tulisan barwarna merah, "Wonder Girl".