Monday, May 31, 2010

Gua tak kisah sangat, tapi kalau boleh, jangan sampai gua kisah.

Semacam rasanya, bila kita tahu yang kita ditipu mentah-mentah, tapi masih tidak bertindak atas sebab rasionaliti dan cuba berbudi bahasa serta bertoleransi, kononnya.


Tapi semakin kita ditipu, semakin berat rasanya kaki yang memijak kepala kita. Sehingga membenam ke dalam tanah dan menutup mulut kita yang cuba untuk menegur. Dan kita, bersama dengan orang-orang yang turut dipijak hanya berbicara sesama sendiri, memikirkan di manakah silapnya kita.


Tapi setelah sekian lama, baru kita sedari yang sebenarnya, bukan lelaki itu yang menjadi punca. Tapi orang yang kita sangkakan tertipu yang sebenarnya cuba untuk menipu.


Jadi siapa mangsa sebenarnya?


Orang tua yang dua itu.


Dengan keizinan mereka untuk kau bergerak bebas, jangan lah kau batalkan pahala solat mereka dengan menjadikan keizinan itu kepada 'menghalalkan yang haram'.


Kepada yang berkenaan, tolonglah, kesian dekat orang tua yang berdua itu. Aku tak kisah sangat dengan gaya hidup kau kat tempat orang sebab memang bukan urusan aku.


Tapi aku kasihan bila melihat si ayah hanya terdiam sambil memandang kosong ke arah televisyen, sambil melihat si emak sibuk mendail nombor engkau, hanya untuk ditipu buat kali ke-berapa.


Aku nampak semua itu.


Aku tahu.


Engkau tak nampak muka mereka masa tu. Sebab kau tengah berseronok di kejauhan.


Itu pun aku tahu.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: