Bayangkan, lu tengah tengok filem Melayu dekat Estero. Masa tu jam menunjukkan tepat jam 11 malam. Semua orang dah tidur. Lu sorang-sorang je depan TV tengok filem. Jenis budak tak pernah lepak mamak waktu tengah malam.
Filem ni filem sedih. Melankolik gila. Dengan mood melankolik sebegitu, setiap ayat yang dituturkan oleh pelakon adalah penting, supaya kita dapat menghayati sepenuhnya filem itu.
Mari kita ambil filem bertajuk "Kisah Makcik Rokiah yang sedih" sebagai contoh.
[Sila hiraukan tajuk filem. Faham tak konsep contoh?]
Tengah lu syok-syok layan filem tu, tiba-tiba lu rasakan dialog yang dituturkan oleh makcik Rokiah (nama watak utama dalam filem sedih) kurang jelas ke pendengaran lu. Hanya kelihatan Wani Maimunah (nama pelakon yang melakonkan watak makcik Rokiah) tersedu-sedu menahan tangis sambil berkemban.
Lu ambik alat kawalan jauh, kuatkan volume.
Sekarang, suara makcik Rokiah sudah jelas kedengaran.
Dan sekarang, baru lu faham kenapa makcik Rokiah ni sedih sangat.
Tiba-tiba... Iklan pulak.
JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA DUNIA, KINI DENGAN HD!!!!!!
HANYA DI ESTERO BEYONCE!!!!
Lu menggelabah cari alat kawalan jauh, untuk memperlahankan bunyi.
[ , ]
Berdasarkan situasi di atas, lu rasa macam bangang tak bila dipermainkan oleh pihak Estero?
Estero dengan sengaja telah memperlahankan nada suara rancangan yang sedang ditayangkan. Untuk mendengar dengan jelas, pengguna perlu meninggikan nada suara. Tapi apabila iklan ditayangkan, bunyi iklan tiba-tiba kuat nak mampus.
Gua pun tak tahu apa motif Estero di sebalik perbuatan yang licik ini. Adakah ini satu konspirasi? Adakah dengan menguatkan iklan, Estero akan mendapat bayaran lebih? Adakah dengan menguatkan iklan-iklan Estero, jiran sebelah yang tak ada Estero akan menjadi cemburu?
Atau pun, adakah Estero berniat jahat terhadap filem makcik Rokiah?
Sama-sama kita fikirkan........