6.30pm.
Setelah menghabiskan upacara melepak di kedai mamak bersama dengan Brader Alcatel, saya dan Daus membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hajat di hati mahu menghabiskan beberapa hari lagi di negeri orang, tetapi kerana mamak tersebut tiada menyediakan tempat penginapan, kami rasa lebih baik jika kami pulang sahaja.
Kenderaan yang kami naiki ialah sebuah kereta nasional yang kami gelarkan sebagai 'kereta kebal'. Walaupun namanya seperti tip-top, namun kondisi kereta kebal ini tidaklah begitu sihat. Khabarnya, baru keluar bengkel kerana terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
"Betul ke ko nak drive ni?"
Tanya Daus dengan suara tersekat-sekat. Jelas ada setitik peluh besar di tepi dahinya.
"Ape ade hal..."
Saya membalas ringkas sambil membetulkan kedudukan seat kereta dan seterusnya meng'adjust' cermin pandang belakang.
Namun, antara kelemahan kereta kebal ini ialah; apabila RPM enjin mencecah angka 3, kereta akan mengalami simptom batuk-batuk, di mana enjin menjadi seakan-akan tersangkut-sangkut dan menyebabkan sesiapa yang berada di dalam kereta mengangguk-anggukkan kepala.
Kalau orang dari luar tengok, nampak macam kami sedang layan lagu indie. Style juga.
"Ko drive la, ikut GPS ni. Ko cucuk je signboard ke Kuala Lumpur."
Kata Daus sambil meng'adjust' tempat duduk ke belakang. Siap-siap nak tidur.
"Aku nak tidur. Kalau agak-agak ko mengantuk, kita tukar driver."
Kata Daus lagi.
Tapi saya sebenarnya masih steady. Walaupun agak penat, tapi setakat ini belum pernah lagi saya terlelap sambil memandu. Apatah lagi, darah muda seperti saya yang mengamalkan lagu Hujan-Jiwa Kelajuan sebagai lagu inspirasi semasa memandu.
Saya tengok meter minyak. Ada tiga bar.
Dan seperti biasa, setelah RPM mencecah angka 3, kereta akan tersangkut-sangkut. Jadi saya hadkan kelajuan kepada bawah 140km sejam sahaja.
Perjalanan dari Kuala Kangsar agak lancar. Tiada kenderaan yang rosak di bahu jalan, tiada kemalangan-kemalangan kecil dan tiada kereta yang berhenti di tepi jalan sebab anak tak tahan nak kencing. Faktor-faktor inilah sebenarnya yang menyebabkan traffic jam lebuhraya di Malaysia. Sikap rakyat Malaysia yang terlebih prihatin menyebabkan mereka sanggup memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat budak kencing di tepi jalan.
[ , ]
Hari sudah gelap. Jam menunjukkan pukul 9.00pm. Saya tengok signboard. Lagi 1 kilometer exit ke Bukit Beruntung. Maknanya selepas itu kami akan sampai ke Rawang, Sungai Buloh, Tol Jalan Duta, Jalan Istana, Tol Sungai Besi dan akhirnya sampai ke Seri Kembangan. Saya mengalihkan pandangan ke meter minyak. Penunjuk digital masih lagi menunjukkan kandungan minyak masih ada tiga bar. Pelik juga.
Tapi tiba-tiba...
"Daus! Woi, bangun la! Aku tekan minyak tapi apahal kereta kebal makin slow ni?"
Saya bagi signal ke kiri. Saya berhentikan kereta kebal di bahu jalan. Setelah matikan enjin, saya lihat pada meter sekali lagi.
Kali ini, penanda minyak mula berkelip-kelip, minta diisi.
"Whatthefish?"
Kadang-kadang, saya berasa terkilan dengan sikap meter minyak yang gemar menipu.
Perangai macam saitan! Lagi saitan dari alat GPS.
Benci tau!!
Ending: Tak lama selepas kami berhenti, kami dikunjungi oleh 4 orang 'kaf-lam-ya-nga' yang mengaku pomen dan menawarkan bantuan. Mula-mula saya agak cuak juga, tapi setelah saya dan Daus berpakat buat muka bengis sambil hempas pintu kereta kuat-kuat, semua pomen tadi cepat-cepat lari. Dan tidak lama selepas itu, Polis Bantuan (Plus Ronda) datang, dan memberikan kami bantuan. Setelah mengisi minyak kereta kebal di Petronas Bukit Beruntung, kami terus pecut ke Seri Kembangan. Sampai ofis dalam jam 11pm.
Settle.