Thursday, July 1, 2010

DC Superheroes, Mines Shopping Fair.



6.30pm

Gua keluar ofis. Tahu, memang agak terlambat. Tapi sebab hujan, gua malas nak keluar ofis awal-awal. Sementara tunggu hujan berhenti, gua lepak depan ofis bapak sape entah, dan keluarkan Winston sebatang dan duduk mencangkung sambil tengok-tengok fesyen awek arab sekitar Seri Kembangan.

Boleh tahan juga diorang ni.



7.00pm.

Hujan dah macam nak berhenti. Gua cepat-cepat panaskan enjin skuter abang gua, lalu terus pergi meninggalkan awek-awek arab yang masih lalu-lalang di sekitar kawasan bangunan ofis dengan baju ketat masing-masing.




7.45pm.

Gua dah mula lapar. Check dompet. Cantik, ada lagi duit. Gua terus usha segala tempat makan dekat Mines. Dari Kentaki, Mekdi, Piza Hat, Ciken Rais Shop, Sabwei, Bik Epal, Dankin Donat, semuanya tidak menepati citarasa gua. Last-last gua lepak dekat A n Dabeliu. Sebab kat situ paling tak ramai orang. Where all the losers cheers; "Hola, hommies!!!" hahaha!!




8.00pm.

Gua dah hilang punca, tak tahu nak jalan-jalan pergi mana dah. Tengok jacket sudah, tengok sandal sudah, usha jeans dekat streetshop sudah, kenyit mata kat makwe kedai baju sebelah CIMB bank pun sudah.

Last-last, gua pergi ke DC Superheroes. Tak tahu apa itu DC Superheroes? Kat kedai inilah, ada jual t-shirt yang ada lambang ini:



Tiba-tiba gua rasa obses dengan lambang ini.



Dengar cerita, kedai ni lah tempat Superman dan Batman singgah jahit baju ketat-ketat. Buat pengetahuan lu orang, sebelum ni sudah 3 kali gua singgah kedai ini, tapi tak beli apa-apa. Gua rasa brader promoter tu pun dah kenal gua. Setiap kali gua datang, mesti gua cari t-shirt Superman berwarna biru dengan lambang merah-kuning. Tapi selalunya tak ada saiz.



Faizal Tahir bersama Maria Ozawa...not! Desiree Tan occay!



Dan kali ini, sekali lagi gua hampa bila brader tu cakap, "Tak ada saiz la bro.. Try la pakai saiz M, aku rasa muat kot.."

Belum sempat brader tu menghabiskan ayat, gua dah tendang dada beliau dan kemudian gua terus mencari-cari design lain yang mungkin lebih menarik. Gua terjumpa dengan t-shirt Superman warna putih, lambang merah-kuning dan ada tulisan Jepun di bawah lambang itu. Gua tak faham sangat tulisan jepun ni. Mungkin tulisannya berbunyi "Maria Ozawa", kata hati gua.

"Bro, design ni ada saiz S tak?"

Soal gua kepada brader tadi yang masih terbaring, kesan dari ditendang sebentar tadi.

"Ada. Kejap aku cari"

Brader tu menghulurkan baju bersaiz S kepada gua dengan wajah menyesal.

"Gua try dulu baju ni. Jaga beg sama helmet gua tu elok-elok."

Kata gua dengan lemah lembut sambil masuk ke bilik persalinan.

[ , ]

"Okeh! Gua angkat yang ini la. Yang biru tu, kena tunggu lain hari la, bila stok saiz S sampai."

Kata gua sambil memintal-mintal rambut amoi dekat kaunter pembayaran. Amoi tu senyum-senyum nakal.

"Okey, takde hal bro. Datang la lagi. Semua sekali (padahal hanya sehelai baju) total RM44.50."

Gua berhenti memasukkan rambut ke telinga amoi dan segera keluarkan dompet. Gua tengok isi di dalam dompet.

***

****

*****

Gua rasa macam dah tak sanggup nak cerita lagi lah.

Bye!

Comments
7 Comments

7 orang tak puas hati:

Anonymous said...

First lagi!

Encik Akmal said...

eh nya tok!

Anonymous said...

Ngegeh kau ya!

Anonymous said...

klu tulisan Jepun die yg mcm kat tshirt biru gmbr tu, then sebutan die "Supa ga-- lepas tu tak berape terang jadi xle nak kate. :)

Encik Akmal said...

Anon: 'Supa Ga-ru' kot... sebab ikut sebutan katakana, 'Ru' ialah pengganti untuk huruf 'L'.

So perkataan tu pun jadi releven, 'Supagaru= Supergirl". Heheh thanks anyway.

PuteraOhtraBulan said...

Tenang..pasti rezeki anda murah selepas ini utk beli costum ( superman ) itu...set lengkap

Farah-Izzaty said...

aku BANYAK collection baju, jeans, kasut superman tu.. hahaha...

saje nak bakar hati nurani ko..