Friday, July 30, 2010

Menyahut cabaran.

"Mohd Akmal Mahfar, macam mana rasanya hidup kalau tak ada Facebook? Jom kita masuk ke dunia Nasa."


Cabaran disahut. Sekarang, kalau kau nak cari akaun bernama 'Mohd Akmal Mahfar' dalam Facebook, memang takkan jumpa la.


Suka sangat, padan muka aku.


Memang rasa curious juga. Macam mana agaknya Nasa, seorang remaja normal dapat up-to-date dengan semua perkembangan rakan-rakan?

Macam mana agaknya, bila orang sibuk cerita pasal perempuan Taiwan pijak anak kucing sampai mati, orang cerita pasal Mekdonel kantoi burger dia ada bahan kimia dengan kandungan melampau, bila orang cerita yang diorang boleh buat duit hari-hari RM100 dengan hanya log in Facebook, bila Mat Romeo putus cinta dengan Minah Julie,

... tapi kau tak tahu apa-apa?


p/s: Oh banyaknya masa terluang. Mungkinkah novel saya akan disambung?


Tambahan: Lepas ni kalau gua dengar ayat seperti ini,

"Eh kau ada baca tak yang Si Polan-Si Polan post semalam? Lucu betul"

atau

"Eh makwe cantik ni dah approve aku lah! Kau bila lagi nak add dia?"

Memang nak 'mendapat' la dengan gua. Tak sensitif betul.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: