Saturday, July 31, 2010

Saya minta kerjasama anda yang membaca post ini,

Ada sesiapa nak beri cadangan lagu tak untuk gua download? Gua betul-betul tengah dalam mood nak download lagu ni. Serius. Selalunya gua download benda lain. Luna Maya? Tolong jangan fitnah-fitnah.

Mood download lagu macam ni tak datang selalu. Jadi gua nak manfaatkan untuk download semua lagu, dari semua genre, terutamanya lagu terkini, Melayu atau Inggeris, lelaki atau perempuan. Gay lain cerita.

Masalahnya sekarang, gua tiba-tiba tak tau nak download lagu apa. Jadi, boleh tak anda sekalian memberi kerjasama dengan mencadangkan gua untuk mendengar lagu-lagu pilihan anda?

Macam mana? Nak kongsi selera muzik anda dengan orang lain?



p/s: Sebab komen dah disable, sila respon di Formspring gua.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: