Tuesday, November 30, 2010

Hari ini 30 November. Ini, ialah entri untuk 30 November.

Kepada abang driver kapal terbang, abah saya pesan, bawak kapal terbang elok-elok. Jangan laju sangat. Jumpa lampu merah, jangan langgar. Jumpa Superman pun tak boleh langgar.

Kepada akak pramugari, pakai wangi-wangi. Mekap jangan tebal sangat, nanti ada penumpang telefon bomoh halau hantu, akak juga yang terasa kan?

Kepada Abang Long, malam nanti jangan lambat-lambat sangat ambik orang kat airport. Nanti orang kena ayat dengan pramugari Lombok, orang tak balik rumah, jangan tanya kenapa. Cerita pasal Lombok ni, bukan main-main punya cerita. Orang cakap serius ni.

Kepada abah dan mama di rumah, anakmu ini akan kembali agar dapat bersama-sama kita bertiga keluar pergi beli ikan dan sayur di pasaraya ACE seperti cuti-cuti yang lepas. Orang tak kisah sangat, janji mama masak sedap-sedap.

Kepada adik Shahrir, abangmu ini akan kembali. Set la apa-apa projek best dengan budak-budak yang lain. Pergi berkelah ke, pergi karaoke ke. Asalkan bermanfaat la. Jangan ajak merompak pulak. Lagi satu, abangmu ini dah tak berapa 'into' dalam scene usha makwe dekat Uptown. Nanti kantoi, dah jadi satu kerja pula nak memujuk orang.

Kepada sahabat-sahabat lama, Pipit, Man, Nasa, Pejol, Syafiq, Kerol dan lain-lain, aku balik hari ni. Jangan nak terus ajak lepak mamak pulak. Kasi aku rehat dulu. Mahfuz, ko duduk Sheffield diam-diam. Esok-esok kitorang nak tengok budak-budak cium depan Pavillion ni. kah kah kah!!!

Kepada Leo, Jo, Erich, Doe, dan kawan-kawan yang lain, kalau buat apa-apa aktiviti yang menarik tanpa saya, jangan post dekat Facebook. Orang kata, tak baik riak dan menunjuk-nunjuk. Saya tak tahu pula apa akibat bila kita riak, tapi yang saya tahu, orang tua tak pernah salah.


Dan tak lupa, kepada kamu yang membaca. Hey kamu!! Don't miss me ya!! :-p


Selamat tinggal, Bumi Kenyalang!

Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

Anonymous said...

eh jom pi makan