Friday, November 26, 2010

Ini adalah sebab, kenapa gua anti dengan perempuan suatu ketika dulu.

Balik dari main bola, gua check telefon. Telefon gua tinggalkan dekat rumah, kerana di padang bola, selain mat Indon, ada juga mat dadah berkeliaran. Sebab tu gua tak berani bawak telefon pergi main bola. Gua tengok pada skrin telefon; ada empat missed call, dan satu SMS. Missed call dari 'King of Kodi', nama baru bagi kekasih mat rempit Nur Akmal Khamisan.

[Apahal lu tak angkat call??? Lu takut ke??? Jangan ingat gua tak dapat cari lu!!! Sampai ke lubang cacing gua cari lu nanti!!!]

Gua baca sambil buka baju. Gua campak baju masuk mesin basuh, kemudian gua masuk bilik air. Mama gua, macam biasa. Bising-bising sebab balik time maghrib, waktu maghrib dah nak habis.

Di pendekkan cerita, setelah beberapa siri harassment gua terpaksa lalui samada dari King of Kodi yang mencarut-carut atau Nur Akmal Khamisan yang tak habis-habis tanya perkembangan, gua dah mula rimas. Gua rasa, dah tiba masanya untuk gua habiskan pelan jahat gua.

Buat pengetahuan anda, gua bukanlah jenis yang rajin delete SMS lama dalam telefon. Dan gua jadikan ini senjata utama dalam rancangan jahat gua. Gua dah nekad. Kalau ini penghujung antara gua dengan Nur Akmal Khamisan, gua nak semuanya hancur.

Antara gua dengan Nur Akmal Khamisan,
antara Nur Akmal Khamisan dengan King of Kodi,
dan antara King of Kodi dengan gua,

semua gua nak settlekan malam ini juga.

Gua check SMS lama. Semua SMS dari Nur Akmal Khamisan, terutamanya yang dapat membuktikan dia yang cari gua, gua forwardkan kepada King of Kodi. Habis kredit pun gua sanggup. Janji gua dapat keluar dari permainan yang Nur Akmal Khamisan mulakan. Beberapa minit kemudian, gua dapat SMS. Dari King of Kodi.

[Thanks bro. Sekarang, kalau lu nak dia, lu ambik la. Gua tak kisah.]

kah kah kah!! Seperti yang gua katakan dalam entri lepas, gua tak pernah pun berniat nak pulihkan keadaan antara kami bertiga. Elokkan keadaan my ass. Gua nak jadikan ini pengajaran kepada Nur Akmal Khamisan.

If you're being sweet, I can be gentle. But once you're a bitch, then I'm a jerk.

Sekarang, King of Kodi dah percaya dengan cakap gua, dan dia berhenti dari carutkan gua. Dan sebelum lena gua pada malam itu, inbox gua penuh dengan carutan dari Nur Akmal Khamisan pula.

[Apa kau nak ni hah, Mohd Akmal? Kau kata kau nak pulihkan keadaan kan??? Sekarang, apa dah jadi??? Apa motif kau, forward SMS-SMS mengarut tu kat dia??? Sial!!!]

[Bodoh!!! Celaka!!! Sial punya jantan!!! Menyesal aku bagi nombor telefon dia pada kau!!! Aku sayang dia, tahu takkkk????]

[Sial!!! Sekarang, puas lah hati kau??? Satu SMS aku pun dia tak reply, aku call pun dia tak angkat dah!!!! Babi!!! Menyesal aku kenal dengan kau!!! Belajar tinggi-tinggi, tapi otak bodoh tak tahu nak fikir pun tak guna lah!!!]

Gua senyum nipis. Nur Akmal Khamisan dah mula meroyan. Gua reply:


[Aku nak, kau delete nombor aku sekarang. Aku pun akan delete nombor kau. Belajar rajin-rajin ye, adik]


Gua senyum nipis. kih kih kih...


Settle. Cerita ini, gua bukan saja-saja nak taip. Ada mesej yang gua nak sampaikan. Kita semua buat silap, itu semua orang tahu, tapi sejauh mana kesilapan kita tu membawa kesan kepada orang lain, itu kita tak tahu. Silap gua, ialah menjadi terlalu careless sehingga gua tak perasan gua dah kena tipu hidup-hidup oleh manusia berkepentingan. Silap Nur Akmal, ialah dia tamak.

Silap King of Kodi, ialah pakai baju kolar naik. (okay, King of Kodi tak buat silap dalam cerita ini)

Dan dengan cerita ini, gua rasa gua dah menjawab persoalan dari kawan gua tempohari. Nur Akmal Khamisan ialah satu-satunya insan yang gua pernah rapat, dan gua menyesal sebab kenal dia.

Dan kerana gua jahat, gua gunakan kata gantinama khas untuk Nur Akmal Khamisan dalam cerita ini. Gua tak gunakan perkataan 'dia', tapi gua taip nama penuh terus. Kasi senang sikit Google search nak jumpa, supaya orang terbuka blog gua ini, supaya ramai yang kenal Nur Akmal Khamisan, dan supaya orang lain tak terkena.



P/s: kah kah kah!!! Setan kan saya??? Mesti awak menyesal sekarang, sebab buat taik dengan saya dulu kan, Nur Akmal Khamisan??? Saya ni kan bodoh, belajar tinggi-tinggi pun tak guna... kah kah kah!!!
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Anonymous said...

i like..so dangerous!

bullshit said...

If you're being sweet, I can be gentle. But once you're a bitch, then I'm a jerk.>>>nicee:))

Anonymous said...

hang ni bodoh la akmal..(gaya bapak akmal suruh akmal lempar kunci)

Leen LilDollius said...

hahaha TERBAIK!