Thursday, March 10, 2011

Gua mengidam makanan yang hanya boleh didapati oleh lelaki sejati.


Orang ganas macam gua pun, kadang-kadang pun boleh mengidam.

Tapi benda yang gua mengidam ni pun bukan calang-calang juga. Sesuai dengan tahap keganasan gua lah kiranya. Dia punya rare tak payah cerita, sampai ada yang berebut dan bergaduh.

Lu orang tahu tak, dekat Perlis dulu, benda ni harga dia seringgit je satu. Tapi sekarang dekat Taman Maluri, KL, benda ni ada orang jual sampai dua RM90. Maknanya satu RM45. Tak percaya, klik sini.

Ganas bukan?

Apa benda yang gua mengidam sangat tu? Nah, layan gambar-gambar ni dulu.







Hambikkaubesarbesarsemuarasamacamnakpelukjeiloveyoudurian!







*Meleleh air liur meleleh air liur meleleh air liur*








Arrgghhhh!!! Orgasm gua tengok gambar ni.





Mintak-mintak lepas ni abah gua berlembut hati untuk mengirim beberapa benih pokok durian kebun beliau untuk gua tanam sekitar unibersiti.


Dan bagi orang yang ganas dan makan buah yang ganas seperti durian, adalah wajar sekiranya gua post sekali video klip lagu ganas macam ni.

(AMARAN KERAS! KANAK-KANAK DAN IBU MENGANDUNG DILARANG TENGOK!)







P/s: Kat Sarawak ni, mana ada jual durian yang sedap-sedap hah? Tak mau la yang kulit dah kuning tu.


P/s/s: Gambar-gambar dicuri dari Oh! Media. Terima kasih dan padan muka.

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: