Jam 8.00 pagi, gua masih malas-malas atas katil. Nenek gua dah stenbai dengan sarapan. Gua tidur agak lewat masa tu sebab malamnya sibuk berbalas SMS dengan makwe bermata kucing, setting tempat untuk berjumpa di sekolah esoknya.
Makwe mata kucing merupakan junior gua, jadi semasa gua ambil result SPM, makwe mata kucing masih di tingkatan 5. Nora Danish sekolah la kononnya. Port untuk berjumpa bukanlah masalah, kerana gua yakin Ustaz Amin sedang sibuk pada hari itu. Seperti biasa, gua suruh makwe bermata kucing tunggu gua di tepi pondok sebelah dewan.
Jam lebih kurang 11 lebih, klasmet gua, Clunk dah mesej gua. Katanya dia akan sampai ke rumah nenek gua tak lama lagi. Gua cepat-cepat pekena teh panas sambil setting rambut. Lu pandai-pandai la bayangkan sendiri macam mana dia punya kucar kacir.
Clunk tiba lebih awal dari yang disangka. Orang jenis SMS sambil memandu ni, memang macam lahanat dia punya awal. Kerana khuatir Clunk buat kacau di hadapan rumah nenek gua, gua segera capai topi kemudian terus masuk kereta. Nenek gua melambai comel.
Setibanya di sekolah, gua tengok mak guard gigi rongak masih setia di pondoknya. Kalau lu orang nak tahu, mak guard gigi rongak ni la si pervert yang gua kasitau aritu (walaupun gua rasa gua belum pernah kasitau lu orang). Setiap kali budak-budak lelaki balik semayang Jumaat, mesti dia check sorang demi sorang, khuatir ada yang seludup rokok. Habis telur sorang-sorang digenggamnya. Celaka.
Jadi secara teknikalnya, semua budak-budak laki di asrama sekolah gua dah tak virgin. Yes, lucky you, outsiders.
Setibanya kami usai parkir kereta, Clunk terus menghilangkan diri, mungkin untuk mengorat adik-adik PRS di bilik kaunseling. Gua pula terus ke dewan sekolah. Ada yang kegembiraan peluk-peluk kawan, ada yang terduduk sorang-sorang sambil baca mantera, ada yang datang dengan mak ayah muka baik je padahal dekat asrama dia lah paling syaitan, dan ada juga yang datang sekolah sebab nak melaram.
Amboi mak ngah, merahnya gincu!
Gua tak melaram sangat. Cukuplah sekadar dengan rambut panjang paras bahu, kasi cikgu geram. Cikgu-cikgu yang rajin cantas rambut student dulu, gua jeling dengan angkuh sambil dongak-dongak kepala. Kemudian gua ke kaunter di mana budak-budak kelas gua sedang beratur untuk mengambil slip keputusan. Masing-masing hati berdebor.
Dan bila gua selesai mengambil slip keputusan, seperti biasa, sesi banding-membanding berlaku. Gua tak berapa nak banding sangat, sebab gua ada misi lebih penting. Lagipun pada masa tu gua tak into sangat dengan Akademi Fantasia, Liga Perdana Inggeris, mahupun politik. Adik Miera Liyana pun tak reti lagi pakai seksi-seksi masa tu. Jadi, gua tak berapa nak berborak sangat tentang hal semasa dengan budak-budak yang gua jumpa pada masa tu.
Jadi gua mengambil keputusan untuk keluar dari dewan dan mengelak semua orang yang gua kenal.
Buat pengetahuan lu orang, salah seorang guru penolong kanan di sekolah itu ialah pakcik gua. Jadi sudah menjadi kewajipan bagi gua dan seorang lagi kazen gua untuk menunjukkan slip keputusan kepada beliau.
Lepas tengok result, pakcik gua angguk-angguk sikit, bagi kata-kata dorongan sambil tepuk-tepuk bahu, kemudian diteruskan pula dengan sesi soal jawab mengenai masa depan. Gua kasi jawapan tipikal, UiTM.
kah kah kah!
[ , ]
"Aku rasa kita datang lambat la, tu yang banyak A dah habis tu. Cuba kalau kita datang awal sikit, mesti A banyak lagi. Ni, result aku ni, C pun ada. Lahanat betul. Nyesal datang lambat"
Kata gua kepada Clunk yang sedang memandu semasa ondewei balik dari sekolah. Clunk malas nak layan gua.
Tamat.
Err, bukan gua patut jumpa makwe bermata kucing ke tadi? kah kah kah!!
P/s: Gua dapat tahu makwe bermata kucing kahwin awal, dan dah ada anak seorang. Tahniah tahniah. Nak tunggu gua, memang berjanggut la, kan? Good for you.