Friday, April 1, 2011

Lepas ni kalau ada yang bising-bising lagi pasal pemerintah tak adil, gua tendang.



ENTRI INI SEMPENA PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 16 APRIL 2011.


Orang yang sepatutnya kompelin bila parti pemerintah tak adil, ialah orang yang bersusah payah datang dari jauh, naik bot, redah banjir, sanggup ambil cuti untuk pergi mengundi. Tapi bila malam buka TV, tengok parti lain yang menang.

Ya, orang begini gua tak hairan sangat nak kompelin. Nak tulis blog, nak penuhkan wall facebook dengan link-link parti kesayangan, gua tak kisah.

Tapi gua akan jadi kisah bila ada malaon yang sebelum pilihanraya duk bagi link sana sini, duk pung-pang-pung-pang berdebat hebat pasal politik, tapi masa pilihanraya dia cuma berbaring menghadap kipas. Bila parti pilihan kalah, dia buat tuduhan bahawa terdapat konspirasi oleh pihak pemerintah.

Woi baghal, konspirasi kepala tok ketua lu. Siapa suruh tak pergi mengundi? Ignorant sangat kan? Hambik. Negeri sendiri mundur, jangan salahkan orang lain.

Ni gua nak bagitau sedikit maklumat tentang daftar pengundi. Sila baca dengan tekun, sebab bukan senang gua nak letak benda-benda informatif dalam blog ni.



Siapa yang layak mengundi?




Gambar The Makciks dicuri dari Blog PANJANGAKAL.



Lu orang percaya tak kalau gua cakap makcik Rogayah, Jamilah, Zaiton dan Rokiah kat atas ni semua;



(a) warganegara Malaysia;
(b) pernah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di mana-mana bahagian di Malaysia;
(d) tidak hilang kelayakan yang ditetapkan oleh undang-undang SPRM.


Macam mana nak mendaftar lu tanya?


(a) Ibu pejabat SPR Putrajaya (malas bagi alamat. Google sendiri, pemalas)
(d) Unit pendaftaran bergerak di tempat umum
(e) Penolong pendaftar sementara yang dilantik SPR
(f) Amil zakat yang duduk dekat pasaraya


Yang (f) tu, kalau ada yang betul-betul buat memang gua salute. Yang itu gua tipu je okey!


Lepas tu, bila dah mengundi, jangan lupa buat semakan untuk memastikan lu orang layak mengundi. Semakan ni sebenarnya boleh dibuat secara online. Sila buat semakan di sini [link].


Ingat, jika sahih lu layak mengundi selepas semakan dibuat tetapi bila sampai di pusat mengundi lu tidak dibenarkan membuat undian, sila buat laporan di pejabat polis berdekatan.


Baik. Sekarang sudah berdaftar, kita terus ke proses mengundi. Gua percaya, masih ramai antara kita yang belum ada pengalaman mengundi. Jadi sila tumpukan perhatian. Benda ini adalah sangat penting. Kalau lu orang baca betul-betul, lu orang akan perasan yang gua pun dah mula serius sikit.


Penting: Sila tengok video ini. At any cost. Kalau internet slow pun, sila tunggu dengan tabah. Gua serius (hari ini hari Jumaat, remember?).



Courtesy to 'tamaktaib' yang upload video ini, dan Obefiend yang buat post pasal ini.


Yes ramai pengundi yang masih tak tahu tentang hal ini, jadi sila sebarkan kepada ibu bapa anda yang masih kabur tentang hak-hak pengundi.


Selamat mengundi. Kepada yang mengambil ringan mesej ini dan enggan bertindak untuk negeri sendiri, nanti bila parti yang kamu 'sokong secara air liur' itu kalah, negeri tak maju, Hani Tarmizi dan Luca Lucas kutuk negeri kamu mundur, jangan nak salahkan pemerintah. Salahkan diri sendiri ye Tipah.


U MAD? TROLOLOLOLOLOL!!!

Comments
3 Comments

3 orang tak puas hati:

pojak said...

follow me back

http://bolatalk.blogspot.com/

Encik Akmal said...

baik, tuan. #LOL

Anonymous said...

bukan pa mal, mun dapat ku mok undi tempat laen... sbb YB kpg ku nang majukan kpg pun.. xlama gik siap da smk singai kt kpg ku ya. tapi kat kpg org laen gney.. ku xpuas ati bg pihak daknya ba.. ko ngga kampung pisang.. ada org kisah psl zombi ya? wuh~... kesimpulannya.. undi la amir trollololl...