Friday, May 20, 2011

Adik gua.

Sungai Buloh, home sweet home.

Tak banyak perbezaan yang gua perasan sejak balik rumah. Anak buah gua dah pandai tulis huruf 'X' dan nyanyi lagu 'Anak Nabi'. Abah gua dah ada pil kena telan tiap-tiap hari. Mama gua kalau kejut Subuh sekarang ni, main ketuk pintu je. Gitar buruk gua pula dah berhabuk, tali dah berkarat.

Makcik-makcik jiran pun dah mula tegur gua. Gua kalau balik cuti, bukan jenis keluar rumah. Kalau keluar pun, samada untuk buang sampah atau pergi Jumaat.

"Yang ni anak last ke?"

"Tak, saya kedua last."

"Eh, kenapa yang adik lagi besar dari abang?"

Gua cuma sengih-sengih sambil buat-buat hayun kaki.

"Tapi yang ini hensem sikit"

Nasib baik makcik lagi sorang pandai kaver supaya gua bertenang.


[ , ]


Oh pasal adik gua,

Sekarang lepas balik kerja, telefon adik gua asyik berbunyi. Kadang-kadang time dia tengah mandi pun, ada orang telefon. Bila gua jawabkan, ada suara perempuan. Kalau gua nak masak untuk dia, dia reject. Nak keluar kejap lagi katanya. Dari bilik nak ke pintu depan, gua dapat cium bau minyak wangi. Kejadah!

Gua campak remote Astro.

Tak boleh jadi ni.

"Mai, kau berkawan la dengan anak Makcik Azizah tu. Baik budaknya, mama selalu jumpa dekat surau hospital tu. Kadang-kadang dia tegur mama. Sopan je."

Ah, sudah!




Kau sengih, kau sengih. Mentang-mentang dah ada makwe.

Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

J.Syazwana said...

jeles letteww :P

Encik Akmal said...

rajin komen. nak hadiah ke?

Anonymous said...

haha..adek ko pun ko bahan..keh3-tuksedo

Encik Akmal said...

nak kena bahan jugak ke? haha ada ni, ada..