Tuesday, May 10, 2011

Fas Faiv dengan brader Vin Diesel.


"Drive carefully ya. Dah sampai kolej nanti SMS I.."

Pesan makwe pramugari pada gua. Gua buat-buat angkuh, pandang tempat lain. Din, Kerol dan makwe Azroy pandang gua semacam. Tapi mereka malas masuk campur hal peribadi gua dengan makwe pramugari.


"Dah, gua blah dulu. Lu fikir la masak-masak apa gua cakap tadi. Kalau lu tak setuju kita buka akaun bersama untuk simpan duit belanja kahwin, fine. Gua cari makwe Gula-Gula."


Gua tahu, makwe pramugari memang takkan setuju buka akaun bersama. Kerana dia lebih sayangkan kerjaya pramugari dan tak mahu kahwin awal. Gua tak kisah sebab gua bukan gedik sangat nak kahwin pun. Cuma dah ada akaun bersama ni nanti, senang la gua nak beli helikopter kawalan jauh. Tapi nampaknya rancangan gua gagal.

Gua memecut laju Kancil Sharil dengan nada marah. Gua tekan pedal minyak sampai mencecah lantai. Bila sampai di traffic light merah, gua tarik handbrake. Tayar kereta berasap. Lori siput yang dari seberang sana segan silu nak lalu depan gua. Lambat macam lori siput. Gua keluar dari kereta, kemudian gua tendang tayar lori siput tadi sampai tercabut semua. Pemandu lori lari lintang pukang ke arah semak.

Gua masuk balik dalam kereta. Sedang gua mencari ketenangan melalui ceramah motivasi pagi di radio, baru gua perasan di sebelah kiri gua ada satu kereta Mitsubishi Eclipse Spyder. Dalamnya ada seorang brader kepala botak pakai cermin mata hitam. Sekali padang macam Vin Diesel. Kejadah apa pakai cermin mata hitam masa Subuh macam ni, gua pun tak tahu.






Brader Vin Diesel. Bajet Maher Zain.





Brader Vin Diesel menekan-nekan pedal kasi bunyi ekzos kuat-kuat. Intipati penting dalam ceramah motivasi yang gua sedang dengar dicemari dengan bunyi ekzos brader Vin Diesel. Gua tengok brader Vin Diesel sedang pandang gua sambil dongak-dongak kepala dan senyum jenis mulut senget sebelah.

Lampu isyarat bertukar hijau.

Mitsubishi Spyder terus memecut laju. Gua dah agak, brader ni nak ajak gua racing. Gua mengejar dari belakang. Belum sampai seratus meter dari traffic light, gua dah ke gear lima. Dari segi pick-up dan top speed, memang kereta Kancil Sharil tak dapat lawan sama brader Vin Diesel. Tapi gua rilek. Gua mengejar dengan tenang.

Sambil tangan kanan memegang stereng, tangan kiri gua mencapai sesuatu di belakang seluar. Sepucuk pistol Night Hawk .50 Caliber buatan Israel berada di tangan gua. Gua buka tingkap, kemudian gua melepaskan satu tembakan ke arah kereta brader Vin Diesel. Terkena tangki minyak. Brader Vin Diesel menghentikan kereta serta merta.

Semasa gua melintas kereta brader Vin Diesel, gua tengok brader Vin Diesel sedang menangis mengenang RON97 yang melimpah ruah. Gua tembak sekali lagi ke arah kereta brader Vin Diesel sehingga terbelah dua.

Brader Vin Diesel jadi semakin tak tentu arah. Marah yang jenis tak tahu nak marah siapa. Brader Vin Diesel mula hilang pertimbangan diri dan meracau sebut-sebut nama gadis Indonesia.



Tiba-tiba, semasa gua melalui bulatan yang ada Sarawak International Medical Centre, kereta Kancil milik Sharil mula tersengguk-sengguk. Kalau ikut perangai tersengguk-sengguk begini, gua dah syak malapetaka. Malapetaka yang sebesar masalah timing belt putus bagi gua.


"Celaka, dekat tengah-tengah bulatan ni pulak kau nak habis minyak."

Gua berkata dalam hati sambil tekan-tekan butang telefon.




P/s: Seperti yang lu orang dapat faham sendiri, font senget tu maknanya gua tipu je. Yang lain semua betul.


Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

@r3|4^2 said...

vavi! lu punye caption 'Brader Vin Diesel. Bajet Maher Zain.' buat gua nk tersembur lunch gua!!

Encik Akmal said...

rilek je lu makan depan komputer kan. takde orang marah ke?