Saturday, May 21, 2011

Penat tekan-tekan remote Astro punya pasal,

Gua taip.

Seperti yang lu orang perasan, stesen-stesen TV kita pernah dihujani dengan pelbagai rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor, MyStar LG, Gangstarz, Bintang RTM, One In A Million, Malaysian Idol, Sehati Berdansa, Mari Menari, So You Think You Can Dance, dan macam-macam lagi.

Rancangan realiti lain seperti Raja Lawak, Imam Muda, Nescafe Kick-Start, atau Master Chef (akan datang), gua tak ada masalah. Sebab yang ini kategori unik. Membina kerjaya dan memeriahkan lagi arena sesuatu bidang. Tapi rancangan realiti yang melalak terjoget-joget ni, gua tak berapa berkenan. Lebih-lebih lagi bila setiap stesen TV nak ada rancangan realiti sendiri. Lepas tu bersambung-sambung pula sampai ke musim 9.

Kejadah? Suka menyanyi sangat ke orang Melayu ni? Gua tengok Jangan Lupa Lirik, tak pernah pula ada orang dapat RM1 juta. Yang gua nampak, benda-benda ni menjahanamkan lagi ada lah. Budak tu elok-elok belajar, bila dapat offer masuk pertandingan nyanyian, terus berhenti belajar. Kemudian tersingkir minggu ketiga. Lepas tu sibuk jual tudung.

Bagi gua, kena ada limit untuk rancangan-rancangan sebegini. Tak perlu nak cungkil sangat melalui rancangan realiti. Kita ada akademi seni sendiri seperti ASWARA. Itu belum kira lagi dengan budak-budak fakulti seni dekat universiti yang mungkin berpotensi. Tapi bila ada lambakan, bakat yang betul-betul berpotensi tu kita akan terlepas pandang.

Bila lagi diorang nak sambung rancangan-rancangan permainan yang berfaedah seperti Who Wants To Be A Millionaire? Teksi Tunai? Roda Impian? Bukan saja kita dapat tengok orang menang duit sambil menimba ilmu, kadang kala kita sendiri rasa teruja nak menjawab soalan-soalan yang ada dalam rancangan-rancangan sebegini. Seronok juga, kan? Tak perlu nak terjerit-jerit sokong peserta bawa poster segala.

Dato' Rais Yatim sila ambil berat dengan hal yang gua utarakan ni. Dan kalau boleh, jangan la Malay-centered sangat. Buka ruang untuk tarik penonton bukan Melayu. Contohnya, pengacara Who Wants To Be A Millionaire baru nanti, guna la pengacara kaum India pula sebagai ikon. Okey? Baru Malaysian.

Dah, gua nak layan Akademi Fantasia sekejap.







Masa season lepas-lepas, orang tak nak terima dia ni. Sekarang ni berjaya juga dia naik ke pentas buat persembahan mingguan. Hazama ni memang gigih orangnya.
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Adib said...

ce ko kire bpe banyak graduan af tu..

Encik Akmal said...

keh keh keh. kalau kumpul balik semua, berpeluh juga pak nil nak ingat nama sorang2.

udez said...

ckp psl hazama,aku rase ko ade iras2 die sket.hehe

Encik Akmal said...

ah!