Sunday, September 25, 2011

Cara-cara memasak kari ayam versi Adira AF.


Tengok tajuk dah nampak sedap kan?


Sebenarnya masak kari ni senang je. Tapi gua je yang malas nak buat. Tapi sebab hari ni gua rajin, ni gua nak bagi resipi masak kari versi Adira AF. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:


1- Ayam. Kalau lu nak masak kari zirafah, gantikan ayam dengan daging zirafah.

2- Santan. Yang ini guna inisiatif sendiri. Gua guna santan peket.

3- Perencah misteri.

4- Kentang. (Gua suka makan kari yang ada kentang. Kalau lu orang suka makan kari dengan epal, masukkan epal. Tapi kalau suka makan kari dengan makwe, jangan pula masukkan makwe. Jangan bangang sangat)

5- Facebook Adira AF. Yang ini pun terpulang. Kalau lu orang minat Erra Fazira, sila cari Facebook Erra Fazira.



- Okey setelah semua bahan-bahan tersebut dah tersedia, panaskan periuk. Jangan tanya macam mana nak panaskan periuk. Sekali gua tampar, berpusing.


- Lepas tu, masukkan perencah misteri ke dalam periuk. Gua tak tahu sangat apa benda perencah misteri ni. Gua main masuk je. Ni lah dia rupa perencah misteri tu.





Perencah misteri yang dicadangkan oleh akak kedai masa gua terkial-kial cari daun kari.





- Kemudian, masukkan ayam. Pastikan ayam dibasuh dan direndam terlebih dahulu. Buang lemak-lemak berlebihan.


- Gaulkan ayam dan perencah misteri sehingga bau dia masuk ke rumah jiran. Tunggu sehingga jiran tegur "Wah, masak apa tu?" kemudian baru boleh masukkan air, santan dan kentang.

(Yang ini gua fail. Gaul sampai dah nak hangit baru gua ingat rumah sebelah kosong)


- Gaulkan sehingga sebati dan kecilkan api. Sementara menunggu ayam dan kentang empuk, tutupkan periuk dengan penutup (takut jiran tadi dengki dan campak batu dalam periuk).


- Okey sekarang pergi naik bilik atas. Buka komputer, dan klik pada Facebook Adira AF.


- Tengok gambar-gambar Adira AF. Boleh juga komen dan klik 'like'. Seperti yang gua kata tadi, terpulang lah kalau lu orang jenis minat Harun Salim Bachik, cari la sendiri Facebook dia. Takkan semua benda gua nak kena ajar.




Alah alah comelnyewww...




- Selepas 20 minit, tutup komputer dan kembali ke dapur. Padamkan api dapur.


- Tuangkan kari yang sudah siap ke dalam bekas yang senonoh sikit.





Dah siap. Yang sayur masak kicap tu, pandai-pandai la cari sendiri resipi dia.





- Panggil kawan-kawan yang tengah main game dengan gaya emak-emak. Pastikan semua orang turun. Siapa tak turun, tarik telinga dia.


- Kemudian sendukkan nasik untuk kawan-kawan. Sambil senduk nasik, cari point untuk berleter, juga dengan gaya emak-emak.


- Lepas habis berleter, makan.


Settle.


Tips penting: Masa jiran tegur tadi tu, buat tak tahu je. Kalau boleh, sambil gaul tu nyanyi lagu Adira AF kuat-kuat dan buat-buat tak dengar. Kenapa? Eh jangan banyak soal lah. Ikut je apa gua suruh.

Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati: