Benda ni dah tak boleh dibiarkan lagi.
Mak abah abang baru pulang dari kampung. Sebulan juga mereka ke sana, sebab abah abang mahu membersihkan kebun dan menanam baja sawit. Selama sebulan itu juga kami adik beradik makan friskis.
Selepas sebulan, semalam mereka balik rumah.
Dan pagi tadi, setelah sekian lama tak bersarapan cekodok, mak abang tiba-tiba bertanya,
"Hah Mai, awak nak meminang anak siapa, dah ada calon? Meh sini bagitau mama, biar mama masuk meminang"
Abang terkejut, tapi abang buat rilek. Ada juga dia sebut nama anak pakcik ini, anak pakcik itu. Tapi abang tak respon apa-apa. Abang tahu, dekat Sungai Buloh mana ada perempuan bujang yang masih single.
"Kalau tak ada, dekat Segamat tu ada. Mama dah tanya-tanya dah. Kalau awak nak cikgu pun boleh, mama boleh tanyakan dengan makcik awak yang kerja cikgu di Segamat tu."
Abang masih diam.
"Kalau awak nak yang kerja biasa-biasa pun ada je. Masa kat Segamat mama ada jumpa geng masjid baru. Anak dara dia pun bujang juga, kerja di KL."
Ah, sudah. Nampak sangat teringinnya mak abang nak dapat menantu baru. Kesian pun ada. Satu benda yang abang tersedar, semakin umur kita meningkat, umur orang tua kita juga sama naik. Abang dikira masih bernasib baik masih mempunyai ibubapa yang masih mampu berjalan ke sana sini. Yang masih ceria.
Abang dah jadi tak tahu nak jawab apa.
"Entahlah ma, kalau mama nak carikan, kerja apa-apa pun boleh. Orang Segamat ke Sungai Buloh ke, tak kisahlah. Asalkan mama berkenan."
P/s: Hmmmm kesian, teringin.