Sunday, January 25, 2015

Mahligai Cinta

TV3

Pernah tengok rancangan yang artis-artis atau mereka yang di kelas atasan melangsungkan perkahwinan? Kalau di TV3, nama rancangan tu Mahligai Cinta.

Di Astro ada juga kalau tak silap, yang Hanis Zalikha jadi host tu. Tak ingat apa nama rancangan tu.

Kalau korang perasan, dalam setiap episod mesti pasangan-pasangan ini akan compliment each other, bila mereka disoal kenapa pilih pasangan tu sebagai teman hidup kita.

- "Saya mula sukakan dia sebab dia caring, penyayang..."
- "Bagi saya dia istimewa sebab dia sorang je yang faham saya luaran dan dalaman..."
- "Dia baik, hormat orang tua, pandai pujuk saya kalau saya naik angin..."

Bagi abang, jawapan-jawapan yang diberi adalah sangat tipikal. Terlalu tipikal sampai abang rasa kualiti pasangan yang mereka ada tu, orang lain pun ada. Rasa nak jawab balik,

"Eleh macam la sikap macam tu cuma dia sorang je ada dalam dunia ni. Dia nak kahwin dengan kau, mesti lah dia tunjuk yang baik-baik je."

Katakan satu hari nanti abang dapat masuk rancangan Mahligai Cinta masa majlis abang nanti, abang nak bagitahu je hal sebenar dekat kamera.

"Ahh dia ni nampak je cantik, sweet, tapi bukan sempurna pun. Dah lah tak pandai masak, bangun pagi pun payah. Lepas tu saya ni jenis indoor, dia pulak kerja asyik nak merayaaap je. Menghabiskan duit, membazir."

Lepas tu bila senyuman wife imaginary abang tu mulai tawar depan kamera, abang cover balik.

"Tapi saya tetap pilih dia sebab dialah satu-satunya yang mencintai saya, menyayangi saya seadanya saya. Saya pun bukan sempurna. Tapi dia pilih saya. Jadi, saya tak fikir panjang lagi, terus ajak dia kahwin. Tentang kelebihan dia berbanding wanita lain, itu biarlah rahsia kami berdua. Kalau bagitau satu Malaysia nanti ramai pulak yang tergila-gila kat dia."

Cuwit kan abang?

Okey harap imaginary bakal wife abang tu baca.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: