Ruang dalam bilik
Ruang depan laptop gua.
Kalo tengok betul-betul dapat tengok rupa 'emo' gua.
Kalo tengok betul-betul dapat tengok rupa 'emo' gua.
3 hari lepas gua tidur agak lambat. Dalam pukul 3 pagi macam tu. Gua main LAN game dengan budak-budak bilik sebelah (ha dah dua kali aku sebut budak bilik sebelah ni, siap la korang Leo dan Erich, tak lama lagi aku bukak satu cerita pasal korang). Masa tu rumet gua dah awal-awal melayari bahtera di lautan mimpi. Dia sejak kebelakangan ni sibuk buat assignment yang menggunung. Nak tengok Maria Ozawa sama-sama pun susah sekarang ni.
Sedang gua tersengguk-sengguk main game depan laptop, tiba tiba gua terdengar rumet gua kat sebelah berbunyi. Bunyi dia lebih kurang macam ni:
"And... this... is the... next part... of... our research..."
Haa amacam? kalo lu orang terkejut, gua lagi terkejut bila mendapati rumet gua si budak Sabah speaking omputih. Entah jin dari New Mexico mana entah yang masuk mimpi dia masa tu. Tapi dari gaya percakapan dia yang tersangkut-sangkut, gua yakin dan saksama bahawa dia tengah mimpi dia kena buat presentation. Haha macam haram. Gua tahan ketawa sambil main game. Tau la ko busy dengan assignment, tapi takkan sampai bawak ke mimpi dol? Ape kes??????
Tapi itu kisah 3 hari lepas. Semalam, tengah lepak-lepak dalam bilik, tiba-tiba rumet gua berkata pada gua:
"Kuat kau mengigau sekarang ni Mal, semalam pun kau ada mengigau."
"Hah????"
"Iya, aku tak ingat kau kata apa, tapi yang pasti kau sebut-sebut nama orang."
MonoLamka: Gua jadi speechless.