Wednesday, February 25, 2009

Kebolehan gua merawat orang sakit

Gua bukak frenster. Tengok buletin. dah lama gua tak tengok buletin ni. Sebab gua tau, kalo bebudak ajak buat reunion bukan gua nak turun pun.

Tetiba gua terlihat sekeping buletin dari kawan lama gua, Fakh aka Kareen. Sumpah sampai sekarang gua masih tak tau kenapa orang panggil dia Kareen. Nama dia Fakhrur Razi. Dia adalah satu-satunya kawan gua yang pernah bagi ucapan semasa perhimpunan asrama masa gua kat teknik dulu. Tapi bukan tu yang gua nak cerita kali ni. Itu lain kali boleh bukak.

Lu orang baca nasihat gua ni. Gua jarang bagi nasihat tapi kalo lu orang nak hidup lama, lu orang baca.

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi
berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh
panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah
masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna
buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air
sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan
minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia
melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini
bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan
diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.
Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia
berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.
Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung –
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan
sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang
menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit
dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh
berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena
serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun
dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri.
Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda
ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda
terselamat. Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah
membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang
dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda
sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

MonoLamka: Agak-agak, gua dah boleh tukar fakulti tak lepas ni? Gua rasa gua dah semakin hampir mendapat gelaran 'doktor' selepas post balik buletin Fakh ni.....
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

ijan said...

kalo aku order pepsi suam ok tak. haha...

Encik Akmal said...

Pepsi panas atau pepsi tarik pun okey gak...
konfem menggelupur depan mamak. huahuahua