Tuesday, February 24, 2009

Lu orang ada masa nak tunggu, lu orang tengok

Bruce Lee Kedah



Hahaha.


Gua ketawa bukan sebab ayat dalam video ni. Gua ketawa sebab dalam imaginasi gua, budak yang buat video ni adalah seorang budak yang baru dapat henset yang boleh merakam video berformat 3gp, kebosanan duduk di rumah kerana tiada kawan, lalu terjumpa vcd Bruce Lee kat almari tv rumahnya. Dia ambik kertas, tulis skrip, pastu dah siap, tangan kanan standby pegang henset, manakala tangan kiri pegang remote control. Dia letak kertas skrip kat depan tv dia, pastu mula merakam.

Ni adalah contoh kebosanan yang berlaku kepada belia zaman sekarang. Lantak pi la dia, yang pastinya, memecah kebosanan cara begini adalah sesuatu yang tidak cool....


MonoLamka: Tapi ada gak bagusnya. Boring-boring dia dok rumah sorang-sorang pun, takde lah sampai nak merakam video kekasihnya (kalau ada la) yang tidak berbaju macam yang banyak kita jumpa sekarang ni.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: