Assalammualaikum W.B.T
Okey gua tau dengan memberi salam secara full name akan memberikan first impression yang positif dikalangan pembaca. Tapi takpe. Gua tak risau pasal itu. Kita masih baru. Bak kata artis-artis dalam majalah Mangga, kita masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Jadi lu orang boleh buat apa-apa spekulasi pasal gua. Tu hak lu orang.
Sebagai mukadimah, gua ingin memberikan beberapa guide untuk lu orang supaya lu orang tidak tersesat jalan semasa membaca setiap posting dalam blog ini. Sila jangan teruja kalau ayat-ayat di bawah ini sama seperti anda membaca terma dan syarat untuk menyertai rancangan realiti Fear Factor. Tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan!! (dengan nada Abang Zoey dalam rancangan Gerak Geri Gasing)
1. Adalah harus diingatkan bahawa blog ini adalah cetusan minda seorang belia yang kebosanan dan sudi berkongsi cerita dan pendapat. Sila jangan label blog ini sebagai diari, sebab membandingkan blog ini dengan diari adalah sesuatu yang sangat keji dan pondan.
2. Pembaca juga perlu dimaklumkan terlebih dahulu bahawa sebarang posting yang ada bukanlah untuk menjatuhkan maruah, menjatuhkan air muka atau menjatuhkan kredibiliti penduduk bumi yang lain. Jika pembaca berasa tersinggung setelah membaca sesuatu entri dalam blog ini, sila tutup komputer. Haha gurau. Sila maklumkan di ruangan "Comment" supaya usaha pembetulan dapat dilakukan.
3. Sila baca ini. Blog ini adalah dwi-bahasa. Sila jangan pertikaikan hak penulis. Penggunaan Bahasa Hang Tuah dan Bahasa John Lennon akan digunakan secara telus dan mudah difahami. Dan kalau ditakdirkan penulis menguasai Bahasa Jackie Chan dengan lancar, besar kemungkinan anda pembaca tidak akan dapat memahami tulisan penulis haha. (oh mungkin bahasa melayu sarawak ada juga, tapi akan ditranslate oleh penulis, jangan risau)
4. Sila jangan segan dan malu untuk menambah komen anda.
5. Sila jangan segan dan malu untuk menambah pujian anda.
6. Sila jangan segan dan malu untuk menambah sumpah seranah anda.
7. Tapi kalau nama anda adalah 'Anonymous', sila berasa segan dengan diri sendiri kerana nama itu sangat dibenci oleh persatuan blogger-blogger sedunia. Pergi register la tambi!!
8. Sebarang penambahan posting (update) adalah atas ketentuan penulis dan ketentuan Illahi. Pembaca tidak boleh memaksa penulis untuk meng'update' blog ini dari segi literal, fizikal mahupun mental.
9. Sebarang pendapat di dalam blog ini adalah telus dari hati penulis. Okeylah mungkin sedikit sarkastik. Tetapi segala usaha akan dilakukan supaya ia tidak bersifat menyerang (offensive). Dan segala feedback atau pembetulan dari pembaca yang lebih arif adalah SANGAT DIALU-ALUKAN.
10. Penulis juga mempunyai minda kanak-kanak yang sangat ceria. Ada sesetengah cerita di dalam blog ini mungkin tidak berkaitan dengan pembaca dan tidak kelihatan menarik, tapi layan jer...zasss!!!
MonoLamka: Kenapa mesti 'mukadimah'? Apa salah Encik Dimah sehingga mukanya dikaitkan dengan sesi pengenalan?