Thursday, February 26, 2009

Serba sedikit kisah 1 Orkid

Memori semasa zaman kita kanak-kanak memang menarik. Ceh yang gua nak buat intro alim ni apehal??

Lu orang ada tak melalui satu fasa semasa kanak-kanak, di mana semua hak harta benda lu orang seperti pensel, bekas pensel (dulu dikenali sebagai 'kotak box'), pemadam, pembaris ditulis nama penuh lu orang, pastu siap ada pesanan lagi untuk mengelakkan kecurian? Ada tak? Biasanya masa sekolah rendah la, darjah satu macam tu. Kalau takde, mungkin masa darjah satu dulu lu orang masuk International School kot.

Antara contoh-contoh pesanan yang ditulis pada alat tulis ialah:

"Jangan curi! Berdosa masuk neraka"

dan juga

"Alif Lam Lam Ha, siapa curi Tuhan marah"

Gua masa nak masuk darjah satu dulu, memang excited gila. Segala preparation disediakan oleh mak gua dengan sempurna. Dapat beg baru, baju baru, kotak box baru, buku baru. Masa tu pakai seluar pendek pergi sekolah tidak dianggap jahil agama. Darjah satu dow.

Yang buat gua teruja ialah, dalam kotak box gua tu memang complete. Pensel, pemadam, pembaris semua baru-baru. Macam set lunchbox dalam cerita Jepun. Gua rasa mesti budak-budak lain jeles. Dahlah beg gambar Mighty Morphin Power Rangers, kotak box gambar kartun ape ntah gua tak ingat, pastu complete lak stationaries dalam tu.

Gua tak habis tadika terus masuk darjah satu. Gua sempat sekolah tadika kat KL sekejap je, lepas tu berhenti sebab family gua pindah rumah ke Sungai Buloh.Jadi sebab gua tak masuk tadika, gua dimasukkan dalam kelas terakhir. Ada 4 kelas, Mawar, Melur, Kenanga, dan Orkid. Jadi maksudnya gua masuk kelas Orkid. Budak-budak Darjah 1 Orkid ni memang ganas-ganas belaka. Muka ganas stok pecah meja punya budak. Dah nama kelas tercorot. Hari first mak gua siap standby lagi kat tepi kelas untuk memantau gua. Mana la tau kalo gua dibuli.

Pemadam gua ialah pemadam petak, ada gambar Billy Power Rangers merah. Seperti yang gua katakan di atas, budak-budak kelas gua bermuka pengganas. Jadi untuk mengelakkan kecurian, gua pun ikut macam budak-budak lain tulis amaran yang agak keras kat pemadam gua. Gua tulis macam ni :



JANGA CURI



Ada kesilapan tatabahasa di situ, gua tau. Maklumlah, gua sempat tadika sekejap je. Tu pun kat tadika gua hanya fokus waktu rehat, di mana kami bebudak tadika akan diberi makan dan longgokan mainan.

Tiba-tiba, masa gua sedang bermain kejar-kejar dengan Wong Choi Yok di luar kelas, gua rasa macam ada kelibat yang sedang lepak kat tempat duduk gua. Gua dah mengesyaki sesuatu yang buruk akan menimpa peralatan menulis gua, terutama sekali pemadam Power Rangers gua.

Bila gua sampai kat tempat duduk gua, gua tengok Saufi (bukan nama sebenar) sedang check it out gua punya kotak box. Gua panas la camni. Bukak kotak box gua tanpa kebenaran. Saufi sedang sibuk membelek-belek pemadam Power Rangers gua. Dia pandang gua sambil tersenyum jahat.

"Kenapa kau ni bodoh sangat, Akmal? Nak eja 'jangan' pun tak tau ke?

Gua bertambah panas. Lu dah ceroboh property gua, pastu lu nak kompelin pulak. Belum sempat gua ambil balik pemadam tu, tiba-tiba Saufi bangun dan dia pergi pulak ke tempat Farah (nama sebenar dah lupa) untuk menghebahkan 'kebodohan tak tadika' gua tu. Ini adalah ayat Saufi yang gua ingat :



"Farah, cuba tengok ni, Akmal nak tulis 'jangan' pun tak tau. Tengoklah, dia tulis 'MANJA CURI' kat pemadam dia ni.."



Okey sekarang lu orang sebagai hakim, gua nak tanya pendapat lu orang la. Antara gua dengan Saufi, siapa lagi bangang?

Situasi macam ni mengingatkan gua betapa sedihnya dapat kelas tercorot.

MonoLamka : Oh ya, mak gua duduk tepi kelas pakai baju nurse sebab dia terus pergi kerja lepas tu. Walau seganas mana pun budak-budak kelas gua, semua seram bila jumpa dengan mak gua. Budak kecik kan takut jarum. Semua ingat mak gua ada bawak picagari dalam poket. Haha bodo.
Comments
5 Comments

5 orang tak puas hati:

Ziela Amjis said...

best seh blog neh~~skola tknk segamat hek?kelas ape hek?hehe

Encik Akmal said...

arr?? kelas 4pkm2 n 5pst. Sape ni eh?

Ziela Amjis said...

student 5e2

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

sah tulisan kau buruk!
hahahahahahahha

Encik Akmal said...

haha siot...

biasa lah, tulisan budak tak habis tadika. hohoho~