Monday, March 9, 2009

Kepada Encik Katil, aku sayang kamu!!!

Macam biasa, gua dan hujung minggu amat mesra kebelakangan ini. Semuanya sebab bila datangnya hujung minggu, gua dapat bermesra dengan Encik Katil kesayangan tanpa gangguan.

Atas sebab ini juga lah, hubungan gua dengan Encik Laptop menjadi renggang. Begitu juga dengan Encik Buku dan Puan Kalkulator serta anak-anak mereka, Pen dan Thumbdrive. Cik Handphone? Ah, gua kawan dengan dia pun kalau perlu saja. Gua dah hilang kepercayaan kepada Cik Handphone. Baik gua bermesra dengan Encik Katil daripada picit-picit Cik Handphone tu.

Dan kerana terlampau kerap bersama Encik Katil, kotak fikiran gua menjadi kurang membawa benefit. Jadi gua percaya, atas sebab-sebab ini, gua jadi tak aktif dalam meng'update' blog ini pada hujung minggu.

Kerana dah tiada idea, gua nak belanja lu orang gambar ni. Sila ambil buat wallpaper anda.




Ini gambar gua dan kawan-kawan gua kat 'Gua Angin' (Wind Cave). Haha banyaknya 'gua'. Jika anda berasa teruja kerana menyangka bahawa ruang di dalam Wind Cave sangat terang dan anda ingin mengajak keluarga anda terbang ke Sarawak untuk bercuti di Wind Cave pada Jun ini, anda memang sengal sebab ni gambar kat luar cave. Kami kesuntukan masa dan kesuntukan duit untuk masuk. Lagipun takde torchlight.

Oh ya yang mana satu agaknya penulis?


MonoLamka: Sorilah, pasni aku post entri yang lebih mencabar minda korang. Takde idea ni!!
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

unaOoOuna said...

ketiga dari kiri ,
kedua dari kanan
itu lu la beb.
haha

Encik Akmal said...

oh bukan...bukan...

(-_-")

"chessss,camana leh kantoi ni..."

okeylah gua bagi hint: ada tiga budak sarawak,gua je dari selangor.

ijan said...

ah... hubungan ngan encik buku tak penah rapat pun tibe2 je nak renggang. haha...

Encik Akmal said...

eh? mana tau ni? haha diam-diam suda.... kantoi la kat aweks-aweks yang jauh lebih educated... baru nak guna ayat tunjuk pandai, ko dah kantoikan...