Friday, March 20, 2009

Sebab gua tengok orang putih makan burger masa sarapan

Lu orang pernah tak bangun pagi-pagi dan terasa perut sangat kosong dan perlu di'refill'? Kalau lu orang tak pernah, itu bererti lu orang tak dapat memahami perasaan gua yang selalu bangun pada setiap pagi dan mula buat muka zombie lapar. Tapi zombie gua ni bukan versi Zombie Kampung Pisang punya. Ni zombie Resident Evil yang ganas, makan orang, muka comot dan sedikit berbau. Gigi pula tajam dan tidak digosok. Amacam, ganas kan?

Nak dijadikan cerita, gua pun mula merangka jadual diet baru yang lebih mapan dan mantap.


Strategi gua camni. Waktu malam gua akan beli makanan berat dan seketul burger. Makanan berat tu gua akan makan sebagai dinner. Encik Burger pula gua akan simpan untuk dimakan pada keesokan paginya, sebagai batu penghalang kepada transformasi gua menjadi zombie busuk. Basi? Ah, perut gua dah lali dan immune. Dan sebagai langkah ekonomi, gua tak ambik lunch. Gua makan cakoi SEDAP pada waktu petang. Baru 30 sen seketul.

"Eh, burger? Kenapa tak beli roti je, duhai Akmal?". Gua dah agak mesti soalan itu yang bermain di kotak fikiran lu orang, kan? Gua bukan ape. Menjadikan burger sebagai motivasi untuk gua meninggalkan Encik Katil adalah satu langkah yang bijak. Cuba lu orang bayangkan, antara sekeping burger dengan sebungkus roti yang perlu disapu kaya, mana satu yang boleh dimakan dengan kadar segera? Mana satu yang boleh membuatkan lu orang hilang pedoman, tak senang berada di atas katil, asyik memikirkan bagaimanakah rasanya, dan ingin segera bangkit untuk melahap dengan selera?

Hari pelancaran pelan baru diet gua. Gua beli mee goreng dan seketul burger. Leo dan Erich berasa pelik dengan nafsu makan gua. Fikir mereka, gua dirasuk 'Jin Lapar' dan perlu disuap banyak makanan. Balik dari kafe, dengan perasaan bangga gua letak burger gua kat atas meja ruang tamu. Gua kunyah mee goreng dengan sopan. Sambil kami makan, Leo dan Erich jeling-jeling kat burger gua, tapi gua buat-buat tak perasan. Syok la tu kat burger gua!

Habis makan, gua masuk bilik meneruskan 'aktiviti murni gua sebagai seorang pelajar'. Tepat jam 1, gua tidur. Leo dan Erich masih gagah meneruskan 'aktiviti sebagai pelajar' mereka.

Jam pukul 6am. Gua terbangun dari tidur. Macam biasa, perut mintak refill. Gua dah mula membayangkan keenakan dan kelazatan rasa seketul burger. "Kalau kat rumah ni ada microwave oven, tentu lebih mantap burger kesayanganku itu", fikir gua di atas katil sambil mula membuat gaya nganga mulut seperti mamat Cina dalam iklan Prosperity Burger Mekdi.

Gua bangun dari katil. Sempat berjoget sedikit tanda gembira untuk bertemu dengan burger tersayang. Tiba-tiba hati gua teringat akan henpon gua yang berada di meja belajar. Mana la tau kalau ada awek-awek yang mesej gua lepas gua dah tidur. Oh ada 1 mesej. Gua jadi bertambah excited. Gua bukak mesej dan baca.


Message: Aku ternampak ada budak makan burger ko tadi. Aku tak tau siapa.
From: Leo
Time: 5.00am


Gua terduduk di atas katil. Terkesima. Terkedu.

Sejak kejadian itu, pelan baru gua berakhir serta merta.


MonoLamka: Tak guna Leo Erich. Tapi salah aku jugak. Dapat cari tak kesalahan aku? Aku dah bold kan kesalahan tu di atas dengan warna merah.
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

hahahaha.gila sedih woooo!
dahlah dok terbayang je..tibe2 dah kne ngap ngan org len..
tp kau mmg pandailah..
lenkai letak kat pagar luar,biar lebih susah nak cari yg disyaki..muahahahha..
tp kira kau penyabar jugak la..
aku kalau ada makann dpn mate,tak bole weyh nk simpan lame2..
tak taan!! bergelora napsu nk makan die..hahahaha

Encik Akmal said...

aku sekarang tengah musim beb...
musim makan tak hengat dunia punye..
nak-nak pulak kalo akaun tengah masyuk.
aduh.... bila nak insaf ni....