Friday, April 10, 2009
Ada jugak orang luar yang prihatin kat negara kita.
Memang seronok bekerja dengan budak final year. Bila mengumpul dan menganalisis data dengan mereka, satu je yang buat gua respek. Cara mereka buat kerja. Banyak yang gua pelajari. Nak buat questionnaire macam mana, nak correlate data macam mana, nak buat report macam mana. Kata mereka, yang penting maklumat kena sahih. Memang best bekerja dengan orang dewasa. Bayangkan, gua yang tak pernah bersemangat nak datang group discussion, boleh bersemangat berjalan kaki ke kolej lain untuk menghadiri sesi discussion di rumah salah seorang ahli kumpulan.
It sounds like gay, I know.
Cerita pasal kesahihan maklumat, gua nak cerita apa yang berlaku semasa gua tengah smart-smart duduk kat meja lecturer macam profesor dari Zamboanga buat presentation tadi. Tengah gua sedap-sedap merepek kat depan sorang-sorang, tiba-tiba henpon gua bergetar. Ada panggilan.
Ah, sial. Masa ni pulak kau nak telefon, kan? Gua kontrol ayu. Masih memberi penerangan. Belum sampai conclusion pun. Henpon masih setia bergetar, tetapi apabila getaran itu semakin selari dengan getaran tubuh gua yang agak goyang buat presentation sorang-sorang, gua jadi tenang. Setenang air di tasik.
Habis presentation, gua keluar bilik tu cepat-cepat. Seluk poket, capai henpon. Masih lagi bergetar, panggilan kali ketiga. Setia betul kamu mendail ye, mesti benda penting nak cakap ni. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Oh mungkin akak kafe nak berkenalan. Gua excited.
Gua menjawab panggilan. Suara lelaki. Gua dah kecewa sedikit. Pemanggil memulakan perbualan. Macam biasa, tak bagi salam:
"Helo, Akmal!"
"Oh engkau rupanya Dxx. Kenapa?"
"Tak, saya mau tanya, betul ka kamu dengan Wxx bergaduh? Betul ka dia tampar kamu hari tu?"
"Hah? Soalan apakah ini?"
"Ceritalah, sebab ada kawan kita bagitau saya pasal kamu dengan Wxx. Sekarang saya mau tahu dari kamu sendiri. Betulkah?"
"..................."
Gua check tarikh. Bukan 1 April.
Macam yang gua cakap tadi, kesahihan maklumat memang penting. Apabila kita mula bermain dengan fakta, orang mampu ketawakan kita saat kita berada pada tahap paling serius.
MonoLamka: Okeylah lu tak paham, tak apa. Tujuan gua nak bagi link ni je. Lu orang judge sendiri, okeh? Gua bukan nak popularkan benda-benda macam ni. Cuma gua nak lu flag je. Atas sebab violance/hate.
2 orang tak puas hati:
- ~gUrL in pUrPle~ said...
-
saya xtahu lah plak jalan raya kt msia ni bukan org msia yg buat... so apa co saya dulu buat ek? isk3.... bukan ke bangsa diorg yg jadi buruh dcni? xbersyukur dapat rzki kt negara bertuah kta... punyalah baik kta share....
engineer bukan malay? musykilni... rasanyer ramai kwn saya engineer... siap keje oversea lg... musykil...
biarlah dia dgn labunyer....
org yang dengki memang macamtu... - April 13, 2009 at 3:17 PM
- Encik Akmal said...
-
agaknya orang diorang ni memang suka provokasi kot.. tengok saja Tragedi Ambon, puncanya bila ada orang2 macam ni lah, sibuk sangat mengutuk bangsa lain. diorang ni kesinambungan dari Ganyang Malaysia dulu, pastu siap kaitkan pulak dengan perebutan pulau-pulau kat Sabah..
Cara diorang provok Malaysia lebih kurang macam cara kita boikot Israel. Terkejut jugak bila ada lagi orang yang masih sibukkan hal2 macam ni melebihi permasalahan kat Asia Tengah.. - April 14, 2009 at 2:08 PM