Saturday, April 11, 2009
Apa kata kalau kita cuba jadi.........diri sendiri?
Perasan atau tidak, kita telah diasuh sejak kecil lagi untuk mengejar sesuatu yang objektif. Mengejar sesuatu benda yang sama. Dari kecil kita telah diarah untuk belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi doktor. Jadi peguam. Jadi pengarah. Jadi bos besar. Kalau belajar malas nanti dah besar jadi penoreh getah. Jadi pekerja kilang. Jadi tukang sapu. Jadi kuli. Kita pun belajar rajin-rajin, walaupun sebenarnya kita tak nak jadi doktor. Kita nak jadi askar (contohnya).
Kita membesar dan berkawan. Kita tengok kawan kita famous. Kawan-kawan pun kata: kita mesti jadi famous. Baru ramai geng. Nanti ramai orang kenal, senang nak mintak tolong. Senang nak buat kerja. Senang nak cari benda. Senang nak jadi nombor satu. Jadi kita pun cuba tarik perhatian. Pukul orang kutuk orang, jadi pailang. Nak pergi makan mesti berteman, tak nak kelihatan berseorangan. Orang famous mana boleh jalan sorang-sorang. Nanti kena buli.
Dalam belajar, kita tengok orang lain bercinta. Kata mereka, kita mesti cari pasangan. Nanti orang kata kita tak laku. Orang kata kita tak layak berpasangan. Orang kata kita katak bawah tempurung. Orang kata kita sombong. Kita pun sibuklah mencari pasangan, walaupun diri tak mampu untuk pikul tanggungjawab bercinta sambil belajar. Duit mak bagi suruh beli spender, tapi kita pakai untuk belanja awek. Kredit pun mak tolong top up kan, kita sibuk SMS awek. Mak tanya kenapa jarang telefon, kita jawab "sibuk".
Dalam hobi dan minat, kita tengok orang lain minat Manchester. Pergi bandar tengok awek pakai baju MU. Balik kampung tengok makcik pakai baju MU putih berkedut. Pergi masjid tengok Indon pakai jersi MU. Pergi warung semua orang sokong MU. Jadi kiita pun minat Manchester sebab tengok orang semua minat Manchester. Sedangkan dalam hati kita sukakan Ronaldinho. Cuba lu tanya kat awek-awek yang pakai baju MU tu:
"Awak pun minat MU? Siapa pemain MU yang awak minat?"
"Mestilah Beckham!! Dia handsome taw..."
Gua dah tanya kat 2 orang perempuan.
Lagi satu, pasal minat muzik. Kita tengok orang lain minat lagu indie, kita pun minat indie. Cari semua lagu Bunkface, Meet Uncle Hussain, Dazmelon, Plague of Happiness, letak kat henpon. Delete semua lagu Indon. Delete lagu emo. Delete lagu Inggeris. Bila nampak orang lain dengar lagu Indon, kita kata :
"Tak main la lagu Indon. Sekarang orang kat KL sekarang dengar lagu Indie la."
"Indie tu apa?"
"Err.. entah. UNDERGROUND kot!!!"
Independant. Berilmu dalam meminati. Baru nampak kesungguhan. Baru peminat sejati. Tak ada la gua cop lu sebagai "kaki-ikut-orang". Orang buat apa, lu mesti ikut. Kalau tak, orang kata lu tak up to date.
Apa kata kalau kita cuba menjadi diri sendiri. Jangan ikut orang lain. Kita dapat apa yang kita mahu, orang lain dapat apa yang mereka mahu. Kan berwarna-warni dunia kita? Kita buat apa yang kita minat, kita baca apa yang kita suka. Kita tonton apa yang kita suka, kita dengar apa yang kita rasa sedap. Dan kita kejar kerjaya yang kita rasa di dalam kemampuan kita.
Mestilah, yang buruk jangan dikejar.
7 orang tak puas hati:
- Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...
-
eh..aku minat beckham sebab dia minat aku..
caya tak?
haih,mestilah kau takkan percaya..sebab aku pun rasa macam tak percaya..
aduhai...
simptom tiru meniru bulat2 tanpa justifikasi ni mmg dah berleluasa da..
macam tak ada identiti la pulak kan?
bab kata abang angkat aku,peniruan adalah pujian paling jujur.
cet. :) - April 12, 2009 at 12:31 AM
- Encik Akmal said...
-
haha Beckham minat ko? Beliau tu nak sebut nama negara kita pun entah2 sekali setahun...
aku setuju sangat dengan abang angkat ko. 7 markah untuk beliau.
Pujian sekalipun, jangan dijadikan budaya. - April 12, 2009 at 12:51 AM
- Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...
-
buat apa nk sebut nama negara kite,sebut nma aku sudah..hahahaha
7?pemurah gak,aku bg 5 je..
hihi..
tu la pasal,aku yg jadik mangsa budaya ini merasa sgt benci.kadang2 rasa macam kita pulak yg tak ada identiti,dah abes disonglap identiti kite ni..haishhh.. - April 12, 2009 at 4:52 AM
- Encik Akmal said...
-
sebab tu lah, aku cuba untuk ubah mentaliti orang kita. Supaya jangan pandang sesuatu dari sudut yang sama. supaya ada sedikit variasi. julang sesuatu yang selama ini dipandang rendah, mengikut selera masing-masing. baru ada keseimbangan.
bayangkan, kalau semua orang nak jadi cool, identiti hilang. jelek woo... - April 12, 2009 at 1:18 PM
- ~gUrL in pUrPle~ said...
-
saya setuju...
hidup mesti independent... bukan ikut org...
saya selalu pergi makan sorg2... bukan sbb xde kwn tp malas nak tunggu kawan sbb keje saya bnyk yang menanti...
tp bila awek cumil mcm saya makan sorg2, naper org pandang2?? huahuahua.... pelikkah??? - April 13, 2009 at 2:52 PM
- ~gUrL in pUrPle~ said...
-
tumpang lalu yer tuan rumah...=p
- April 13, 2009 at 2:53 PM
- Encik Akmal said...
-
hoho sebab awak tu cumil kot... orang pelik la tgk awak sorang2... lazimnya awek cumil mesti la berteman,kan?
haha...sila la lalu, tak kena denda pun.. - April 14, 2009 at 2:03 PM