Saturday, April 4, 2009

Melayu memang mudah lupa, tapi kita tak buta sejarah kan?

Entri lepas gua ada bagitau yang gua tak ada pengalaman menarik kat sekolah, kan? Gua dah tipu lu orang la sebenarnya beb. Setelah diimbas kembali, baru gua ingat yang ada jugak pengalaman menarik gua kat teknik Segamat itu. Sorilah, kotak memori gua kena virus, jadi processor agak lembap sikit untuk ingat semua kenangan dulu.

Gua nak ceritakan pasal warden gua yang garang.


Bukan main-main beb. Garang macam Linda Jasmine masa ajar budak-budak AF menari dulu. Garang macam wartawan yang baling kasut kat Bush. Garang macam... garang macam.... ah, yang penting memang garang lah! Ganas, bengis, muka baran, dendam kesumat, kaki belasah, bonzer, ahli gusti, Super Saiya, Pendekar Helang, watak jahat, bayangkan je semua tu, nescaya dapat gambarkan warden gua yang garang.

Jika budak-budak buat hal, hukuman yang diberikan oleh Encik A (warden gua) memang sadis, iaitu ROTAN. Hoho... standard lu kata? Lu pernah tengok Lin Dan punya smash tak? Lu bayangkan, kalau Lin Dan pegang rotan tu lepas tu dia sebat lu dengan hayunan sedemikian rupa. Tak ke tidur meniarap jawabnya? Boleh jadi biru lu punya punggung woo.. Jangan main-main dengan warden gua.

Oh lagi satu, Encik A ni langsung tak considerate. Kalau tak ada orang mengaku salah, semua orang kena hukuman. Pernah satu kali tu dia sebat semua budak blok gua semata-mata untuk mencari budak yang main basikal anaknya semasa mereka sekeluarga balik kampung.

Rumah Encik A ni betul-betul bawah dorm gua. Kadang-kadang kalau hari cerah, dapat tengok Encik A membasuh motosikal EX-5 kesayangannya. Dapat tengok Encik A sidai karpet. Kami juga dapat tau bila Encik A keluar, bila Encik A balik. Boleh nampak semua tu dari dorm gua.

Masa kejadian ialah hari Khamis petang, waktu riadah. Gua dengan budak KRS (Kadet Remaja) tengah sibuk berlatih kawad kaki untuk peringkat daerah. Dalam dorm gua, gua sorang je yang join kawad. Yang lain bersepah-sepah tidur. Tak pun melepak, borak-borak.

Bila gua balik dari katihan kawad, gua tengok budak-budak bilik gua tengah berbaris depan rumah Encik A. Gua pelik. Diorang ni pun join kawad ke? Kenapa berlatih depan rumah Encik A? Nak kena bunuh?

Gua pun tanya la kat Meon, budak dorm gua. Gua tanya "Apa kes?"

"Ko ikut je berdiri kat sini. Encik A tadi jerit-jerit, suruh budak-budak dorm kita turun bawah. Marah gila nampaknya. Dia suruh kita tunggu sini," kata si Meon.

Budak-budak dorm gua yang lain dah buat muka pucat. Ah, salah apa pulak kali ni? Gua dah standby sapu-sapu punggung kasi kebas. Sebab gua tau takkan ada yang mengaku ni. Mesti semua kena. Cis, boleh pulak hari tu gua turun kawad pakai seluar nipis. Memang 'syahdu' la kena ni...

Tak berapa lama, Encik A keluar dari rumah sambil lap-lap muka guna kain. Kepalanya basah.

"Memang marah betul ni sampai masuk rumah sekejap,ambik air semayang," fikir gua. Gua dah kaget. Hilang pedoman. Goyah.

Encik A menyarung selipar dan bergerak dari pintu rumahnya ke arah kami dengan wajah bengis. Dengan suara tersekat-sekat menahan marah, Encik A berkata:



"Siapa yang buang kahak dari atas masa saya tengah basuh motor tadi?"


Gua terkedu~ Perasaan bercampur baur. Nak ketawa, tapi gua tahan dulu. Tunggu lepas kena denda dulu.

Lepas kena denda, dorm gua kecoh. Hilai tawa kedengaran. Ada jugak yang buat muka puas. Warden jahat telah mendapat balasannya. Malangnya, pesalah yang sebenar tak pernah ditemui. Kalau gua jumpa, gua nak tanya:

"Macam mana boleh kena tepat beb? Lu pakai ilmu apa?"
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: