Tuesday, April 7, 2009

Update Entri Terdahulu #001

"How much money did you guys spend to buy the whole circuit?"

"Around RM 160.00. The phototransistor was quite difficult to get."

"Okay. I've seen your weekly lab report and they were poor, but your project today is quite good. I'm interested."


Kami memang terkejut. Encik Tay bukan seperti kebiasaannya. Beliau ada tanya soalan selepas presentation, macam biasa, tetapi kali ni tak banyak. Dua soalan tentang circuit dan komponen, lepas tu dia panggil kumpulan seterusnya untuk present. Projek kami siap dapat pujian lagi. Tapi gua agak sedih la, sebab gua punya part untuk presentation dah kena skip. Terus demo. Ape kes pakai smart-smart tapi jadi tunggul?

Dia macam lagi berminat dengan projek kami. Gua dah nebes. Takut dia mintak hardware tu dari kami dengan alasan untuk dijadikan arkib. Lagi teruk kalau dia masukkan nama kami berempat dalam team Robocon 2010, wakil UNIMAS. Nasib baik itu hanya imaginasi gua je.

Lantaklah. Janji dah settle. Penipuan dah berjaya. Report dah hantar. Hardware dah demo. Pujian dah dapat. Amoi cantik dah mula senyum-senyum. Abang technician dah tepuk-tepuk bahu. Kawan-kawan dah puji. Senior kat rumah ni pun dah tersenyum respek.

Berbaloi keluar duit. Berbaloi merempit jauh-jauh cari komponen. Berbaloi duduk lama-lama depan laptop. Berbaloi tak tidur semalaman. Berbaloi abaikan 5 missed call dari perempuan gila. Eh, ada kaitan ke? Ada.

Lepas presentation, gua pergi makan dengan Leo dan Erich. Lepas tu balik bilik dengan hati berbunga-bunga. Mata mengantuk, jadi tidur sekejap. Syahdu. Tapi macam biasa, masalah mesti cemburu dengan kebahagiaan ini.

"Mal, kau sudah study ka untuk test Microprocessor jam dua nanti?"

Biar gua highlight part yang memilukan hati dalam SMS tersebut.

JAM DUA NANTI.

Gua check jam. Pukul 12.47pm. Gua gosok mata.

Kepala hotak!!!
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Aku said...

Syahdunye...mmg sgt memilukan hati...
Xpela...kasi pukul rata jer...hihi..

Encik Akmal said...

haha pukul rata? takpe beb. gua boleh handle lagi... setakat test??? huh....

eh? eh? mengapa ada perasaan ini?