Friday, May 1, 2009

Terima Kasih, Jumpa Lagi.

Jangan terkejut jika lu tengok kat bawah ni, gua post sekali 3 entri. Lu tak perasan? Cuba scroll ke bawah, tengok sendiri. Sebenarnya gua nak lepas gian, sebab dah lama tak layan blog ni sejak gua sibuk dengan exam week.

Lagi satu sebab, dan sebab penting kenapa gua sumbat blog ni dengan 3 entri sekaligus ialah, gua akan berjauhan dari ATC ini selama 2 bulan. Tiada entri baru, tiada gambar baru, tiada link baru dan tiada kisah baru.

Jadi, terima kasih bagi yang memberi sokongan, yang link, yang rajin komen, yang jadi silent reader dan yang selalu skodeng blog ATC ini. Sila jangan serik, sebab lepas 2 bulan gua akan kembali. Sebarang komen boleh dibuat, sama ada dalam entri atau di dalam chatbox kat tepi ni.

Satu je pesan gua. Gua tinggalkan ATC ni cantik-cantik, elok-elok, jangan nak sepahkan!!! Gua tarji kepala lu dengan buah pinang nanti!!

Perubahan? Gua akan consider. Lu bagi la apa-apa cadangan kat kaunter 4. Jangan ngorat pulak akak kaunter 4 tu. Dia gei.

Lagi satu, kalau gua tak reply komen sama ada di entri atau di chatbox sebelah ni, lu jangan cakap gua sombong pulak. Kecik hati gua nanti.

SEMUANYA GARA-GARA KAT RUMAH GUA TAK ADA INTERNET!!!
Comments
3 Comments

3 orang tak puas hati:

Anonymous said...

takpe2..
nnt bile ko free on9la ye..
ekekeke..baru igt nk semakkan..ops,tak beranila pulak kene ugot..
hohoho..
selamat bercuti cik akmal! :)

Aku said...

Ala..rumah xde internet...tp CC byk ape...Alasan xmo update blog ar tuh..

Encik Akmal said...

sseeccrreett: wah, penjenayah.merah.jambu mana? well, mekasih. Cuti aku kali ni memang best.

aku: CC kat umah tu mahal giler la. RM2.50 sejam. Baik beli air sirap.