Monday, July 13, 2009

Maafkan saya. Saya mengalami simptom-simptom Influenza B

Hari ini dah 7 hari selepas penerbangan gua dari KL ke Kuching aritu. Abang Pejabat Kesihatan tu kata, lepas 7 hari kalau tak ada apa-apa masalah baru dia tak telefon lagi. Jadi hari ini adalah hari terakhir gua 'dikuarantin secara pasif'. Oh dah lama tak tengok fakulti...

haha hari ni Isnin. Dengan alasan di atas, agak-agak hari ni gua pergi kelas tak?


Tapi gua merasakan ada sesuatu yang tak kena pada pagi ni. Hati girang semacam. Rasa nak gelak je. Baca Utusan Online pun sambil ketawa. Entah apa entah. Padahal baca pasal Memey Suhaiza je. Tu pun nak ketawa.

Dan kerana rasa gembira, tiba-tiba gua rasa nak tukar nama blog ini. Tentu anda semua dah perasan, kan? Setelah beberapa percubaan, baru gua berpuas hati dengan nama yang sekarang ini. Simple, tak ada apa-apa maksud dan kawan-kawan yang suka stalk gua kat google tu senang sikit nak cari blog gua ni. Dan musuh juga.

Sebelum gua pilih nama ini, gua mengalami satu fasa kebodohan di mana gua merasa keliru dengan pilihan sendiri. Tu lah, orang tua-tua kata jangan banyak ketawa. Berikut adalah nama-nama yang gua dah cuba, tapi gua kensel balik:

-Aku tak cool, I'm just being hot!
-Blog Anak Mahfar Yang nombor 5
-Saya suka makan beras
-s.a.y.a.d.a.h.b.o.l.e.h.m.e.n.g.u.n.d.i.

Nasib baik tiba-tiba brader baiki paip datang dan kewarasan otak gua kembali cerdas. (Kuda betul. Dari sem lepas buat aduan, baru sekarang nak baiki?) Dan dengan sekembalinya otak gua yang cerdas, gua pilih nama 'Blog Encik Akmal'.

Boleh la, kan???
Comments
6 Comments

6 orang tak puas hati:

puteraohtrabulan said...

Gua rasa lu mesti nak pegi kelas.teruja sgt bila dapat pegi kelas.Tapi apakan daya.Lu kena kuarantin.Lu bykkan bersabar ea

puteraohtrabulan said...

Nama adik gua pun AKMAl jugak.Tapi jgn risau dia tak letak blog atas nama dia yg boleh mengelirukan..ha3x

Encik Akmal said...

tu lah...apakan daya....ahaks!!!
oh ada adik nama akmal jugak ke?
nama panggilan kat rumah pun "mai" ke?
hensem jugak ke?
hehehehhh....

Aku said...

Encik akmal...
sudah pulang dari percutian yer...
Kiut la letak nama sendiri...saya sokong nama baru nih..hihi (^_^)

penjenayah merah jambu. said...

tak boleh.

haha.encik akmal,nape tak abang akmal?
kan lagi manja bunyinya..*muntah berdarah* :P

Encik Akmal said...

aku: oh saya tak bercuti, cuma ke alam lain. Haha kiut ke nama? Mekasih abah, mekasih mama...

PMJ: haha nak kena libas dengan papan katil?