Sunday, July 26, 2009

Pergi melawat hantu.

Apa maksud "SALAH TIMING"?


- Jawapan: Bila kejadian seperti di bawah ini terjadi:


Pada suatu tengahari yang aman, gua yang masih berpelukan dengan Cik Bantal dikejutkan dengan panggilan dari Ahmad Faizal Bin Ali. Katanya, Mr. W dan sahabatnya Encik Najah ingin mengajak kami berdua untuk menemani mereka ke karnival JomHeboh TV3 di Kuching.

Gua tak berapa suka sebenarnya nak pergi ke tempat-tempat yang dipenuhi lautan gadis macam ni. Nanti ada yang nak ajak bergambar lah, mintak tandatangan lah, nak salam-salam lah... I rimas tau! Tapi nak jaga hati kawan-kawan, gua pun ikut sekali.

Semasa sedang berjalan-jalan sambil mata melilau tengok awek cun, kami terhenti seketika apabila melihat seketul Rumah Hantu. Alah,yang macam kat funfair tu. Tapi rumah hantu ini bertemakan siri drama seram Keliwon. Gua dah kecur air liur, sambil membayangkan Fauziah Gous atau Maya Karin dalam pakaian hantu. Sangat seksi. Ahmad Tarmimi Sarigar? Dia bukan hantu lah, ngok!

"Betul ke korang nak masuk rumah hantu ni?" Si Najah dah ketakutan, sorok-sorok belakang gua semasa kami sedang beratur untuk membeli tiket.

"Takpe. Ko jalan je sambil pejam mata. Jangan lupa pegang tangan aku kuat-kuat," Gua cuba memberi sokongan moral sambil menyalakan sebatang Winston Light. Fuh, sangat bergaya. Tak lah, gua tipu.

Settle beli tiket. Kami berempat (kecuali Najah) berasa teruja untuk masuk. Tengok dari luar macam seram betul. Siap ada jeritan-jeritan dari anak-anak gadis yang berada di dalam. Kami (kecuali Najah) dah tak sabar nak jumpa hantu-hantu ni. Dengar cerita, dalam suasana gelap macam tu kita berpeluang untuk tumbuk perut hantu tu. Gua dah genggam penumbuk, sambil tersenyum jahat.

Setelah tiba giliran, kami pun masuk. Ada patung-patung hantu pocong diletakkan di satu sudut. Kami (kecuali Najah) sempat bergambar dengan pocong tersebut. Kepala hotak, dah macam pergi muzium pula, nak bergambar dengan hantu.

Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan sambil berwajah selamba (kecuali Najah). Najah dah bermandi peluh akibat ketakutan. Tiba-tiba...



"Allahuakbar.... Allahuakbar!!!"



Gua terpinga-pinga. Suara azan Asar berkumandang. Tiada lagi suara jeritan dah sergahan dari para hantu. Hantu-hantu semua keluar dari tempat persembunyian.

"Dah, jalan terus.. Jalan terus. Tengah azan ni..." kata si hantu raya sambil duduk menyalakan rokok, menunggu azan tamat. Hantu-hantu lain duduk berborak-borak dalam Bahasa Melayu. Siap ada yang adjust make-up lagi. Yang hantu pocong pula terlompat-lompat mencari tempat rehat.

Setelah keluar dari rumah hantu, Ahmad Faizal dan Mr. W terus ke surau berhampiran, menunaikan solat Asar. Mungkin kerana masih terkejut dengan suasana sepi dalam rumah hantu tadi. Najah dah tersenyum-senyum lega. Gua pula berlari pergi ke kaunter bayaran, tumbuk perut akak yang jaga kaunter itu dan ambil balik RM2 gua.

Cilakak. Lu tau tak macam mana rasanya berkawan dengan hantu? Try la masuk rumah hantu masa tengah azan.
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Anonymous said...

haha adui.. klaka2.. aku x pena gi umah antu t'ingin gak nak g ble time azan.. huhu...

PuteraOhtraBulan said...

Kah3x...gua ingat hantu dah di ajar menghormati azan lah