Tuesday, August 4, 2009
Lama tak update, banyak betul benda gua nak sampaikan.
Ini adalah apa yang gua boleh jumpa kat universiti gua ni.
Amacam, hebatkan universiti gua? Ni kawan gua yang ambil gambar masa dia bejalan melalui kafe pada jam 2.00am. Belajar kat Sarawak ni membuka mata gua untuk melihat pelbagai jenis haiwan, tak kira lah yang selalu jumpa ke, yang 'rare' ke, mahupun yang terancam (contoh dalam gambar). Gua syak sikit hari lagi mungkin gua boleh jumpa bigfoot, burung kasawari atau burung kenyalang berkeliaran di kafe.
Pernah sekali juga, gua dan rakan-rakan sekelas yang sedang bermain pasir di pantai Santubong terjumpa dengan dua ekor memerang. Excited gila. Bayangkan, jumpa Intan Ladyana masa kat Jomheboh hari tu pun tak se-excited macam ni. Leo dan Erich dah macam disampuk syaithon, mengejar haiwan tersebut. Tapi ofkos lah, haiwan tersebut lari setelah melihat Leo. Buas macam predator.
Itu apa yang gua jumpa. Apa yang gua tak jumpa di sini?
Senior-Junior. Superior-Inferior.
Benda yang gua sering fikirkan sebelum gua masuk Unimas ni. Macam mana agaknya kalau dibuli atau di-aim oleh senior-senior nanti. Macam mana agaknya Minggu Suai Kenal kat Unimas ni. Mesti ngeri.
Tapi yang peliknya, sejak gua masuk, sampai lah sekarang gua dah tahun ketiga, gua langsung tak mengalami kes-kes dibuli senior atau berlaku konflik antara junior dengan senior. Kami buat hal masing-masing. Malah, kalau bertemu dalam kelas-kelas elektif atau pelengkap dari fakulti lain, dan ditakdirkan gua terpaksa campur dengan mereka yang lebih senior untuk menyiapkan assignment berkumpulan, kami dapat bekerjasama dengan baik tanpa sebarang masalah. Siap dapat skor A lagi.
Cukup lain dengan apa yang gua dengar dari rakan-rakan atau lecturer semasa di sekolah dan matrikulasi. Mereka canangkan, yang pelajar-pelajar universiti akan terbahagi kepada pelbagai peringkat, dan yang paling ketara ialah pecahan kumpulan pelajar mengikut umur. Ertinya, mereka yang lebih muda susah untuk bergaul dengan mereka yang lebih senior.
Yang senior pula akan menggunakan kelebihan mereka sebagai yang 'tua' di situ untuk 'mengajar' adik-adik yang berperangai kurang mendapat restu mereka. Terlalu menyerlah dan mendapat perhatian lecturer, cuba menunjukkan leadership, atau kerek sikit, kena panggil. Senior kumpul ramai-ramai, kasi 'schooling' ini junior. Kalau bernasib malang, tangan naik.
Pelajar perempuan yang baru masuk pula, kalau cantik dan menyerlah, akan digelar 'Red Spot'. Selalunya, pelajar-pelajar lelaki senior yang beri gelaran ini kepada mereka. Segala cubaan untuk mendapat 'Red Spot' akan dilakukan. Dan ini akan menyebabkan pelajar senior perempuan menjadi cemburu. Kesannya terhadap si 'Red Spot'? Fikirlah sendiri.
Kesian bila gua dengar yang benda-benda macam ni berlaku lagi dalam kehidupan pelajar kita. Gua ingatkan masa kat sekolah asrama je ada benda-benda macam ni. Tu gua tak kisah sangat. Budak baru nak up, baru nak rasa hidup, lantak diorang lah. Ini pelajar universiti, masih nak berpegang pada prinsip senior-junior ini. Bagi gua, sangat merugikan. Member tu baru masuk, nak bergaul, nak hidup aman tanpa sebarang tekanan, nak dapat pointer tinggi, tapi terganggu dengan benda-benda macam ni. Sangat kasihan.
Tapi tu lah, gua tak pernah lagi dibuli senior. Perbezaan antara Unimas dengan universiti lain di semenanjung? Bagi gua, faktor kaum. Mungkin sebab kat sini, terdapat begitu banyak entik lain sehingga pelajar Melayunya tak dapat nak cari pasal atau buat hal dengan pelajar Melayu lain. Mereka kena BERKAWAN.
Ya, apa yang gua nak sampaikan ialah; Melayu memang suka cari pasal. Kalau tidak terhadap kaum lain, mereka akan cari pasal dengan mereka yang bukan dalam kumpulan mereka. Antara senior-junior. Antara negeri ini dengan negeri itu. Antara pelajar vokasional dengan pelajar teknik. Antara geng RXZ dengan geng Honda. Antara Kampung A dengan Kampung B. Antara budak Silat Cekak dengan budak Silat Gayong.
Paling teruk, kerajaan dengan pembangkang. Yang sama Melayu.
Sangat memalukan. Sudah-sudahlah. Mereka tengah ketawa tengok kita ni! Janganlah dicanangkan lagi perpaduan seluruh kaum di Malaysia, apabila kaum sendiri tidak terkawal. Cari kata sepakat dulu.
Monolamka: Ada 'kawan' gua MUNGKIN masuk UiTM lepas ini. Jadi kalau kamu yang membaca ini merupakan pelajar senior UiTM, satu je gua mintak. BEHAVE. Dia datang nak belajar...
3 orang tak puas hati:
- Aku said...
-
en. akmal...ckp kt kawan tu dun worry la..uitm mana ada buli2 budak..lgpon umor dh tua sumenye,18 above, klu still ada mentaliti nk membuli, mmg xlayak masuk U la...hehe...
- August 7, 2009 at 2:06 PM
- Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...
-
peh,menatang ape tu weyh? tenggiling ke?
macam zoo..hehe..
waktu ibu aku belajar kat iab,genting,dia pernah nampak monyetkehapentah besar gila tinggi manusia berjalan atas bumbung,burung kenyalang hinggap kat tiang elektrik,ulat gonggok besar gila.peh,aku kat sini belum lagi jumpa haiwan menarik,kecuali kucing dan serangga entahapenamediantah.hesh. - August 11, 2009 at 3:34 PM
- Encik Akmal said...
-
aku: betul ke? well, harapnya begitu lah. bukan apa, risau lah...
PMJ: yup, tenggiling. rare gile, kan?
monyetkehapentah-besar-gila-tingi-manusia? wah.. aku rasa ibu ko ternampak tukang repair bumbung la tu...haha neway, ibu ko memang hebat! ko tak jumpa lagi? Takpe, teruskan mencari.. - August 15, 2009 at 1:02 AM