Monday, August 17, 2009

Kadang-kadang bila kita berniat untuk berlaku jujur pun, nasib tetap tak menyebelahi kita.

Cuti pertengahan semester. Bagi mereka yang homesick, jarang dapat belaian ibu di rumah, suka makan tapi tak suka bayar, malas kemas rumah, tak nak cuci baju sendiri, dan gemar menonton televisyen, cuti selama seminggu ni memang komfhem mereka balik rumah. Contoh terbaik adalah Leo dan Erich. Ah, mereka ni memang onar. Ada saja benda yang tak kena pasal mereka yang gua nak tulis dalam blog ni. Gua cemburu sebab tak dapat balik rumah? Ceh, buat apa nak cemburu. Bukan ada apa yang menarik pun kat Sungai Buloh tu.


Okeylah, gua tipu. Ika, tunggu Mai balik tau!

Cis dah lari topik. Okey sambung balik. Kerana Leo dan Erich tak ada, gua mengawal sepenuhnya bilik mereka. Padan muka. Siapa suruh tingalkan kunci bilik kat gua? Jadi selama seminggu ni, mungkin gua dan rumet gua akan berpisah. Dia kat bilik kami, manakala gua kat bilik sebelah.

Semasa gua tengah lepak-lepak dalam bilik sambil online, tiba-tiba gua terlihat satu botol yang berjaya mencuri perhatian gua. Botol shower cream. Warna putih. Separuh penuh. Ada gambar kambing yang comel pada badan botol tersebut. Bau pula sangat wangi. Tak tahulah siapa punya, Erich atau Leo.

Serta merta, gua terus membuat keputusan untuk mandi. Masuk bilik gua, buka baju, buka seluar, capai tuala. Pergi ke bilik air dengan memakai boxer, meninggalkan rumet gua yang sedang tidur. Putus cinta agaknya mamat tu. Asyik tidur je.

Cis lari topik lagi. Sambung balik. Semasa dalam bilik air, baru gua terfikir akan rasional tindakan gua yang memakai shower cream tersebut tanpa kebenaran pemilik asal. Padahal, gua pun ada shower cream gak, cuma gua punya tu macam tak best. Lepas mandi, badan jadi sedikit melekit. Tu yang gua nak cuba produk lain pulak. Tapi pakai harta orang lain tanpa kebenaran ni namanya mencuri. Ah tak apa lah. Nanti lepas mandi, gua mesej la bagitau diorang.

Dengan hati yang riang, gua sangkut tuala pada pintu. Gua pusing paip shower sambil menyanyi lagu Faizal Tahir. Semasa air shower terkena badan, gua menari-nari gedik. Tiba-tiba gua rasa suara gua saling tak tumpah macam Faizal Tahir. Gua menambah kekuatan suara untuk mendapatkan kepastian. Gua terlihat kembali pada misi utama. Sebiji botol putih. Ada terpampang tulisan paling besar di situ, "BODY SHAMPOO". Sambil menyanyi, gua buka penutupnya. Tuang sedikit cecair dari botol tersebut pada telapak tangan. Kemudian ratakan dengan kedua-dua telapak tangan. Dengan riang gembira, gua terus lurutkan cecair tersebut ke kepala.

Beberapa saat kemudian, gua terhenti dari menari. Terdiam seketika. Rasa keliru. Gua yang berseorangan dalam bilik air berdiri sambil menundukkan kepala memikirkan di mana punca kesilapan ini. Gua tatap kembali botol tersebut. Memalukan betul.





Gua ada cadangan. Apa kata, kalau lepas ni pihak pengilang tukarkan tulisan "Body Shampoo" pada botol tersebut kepada nama yang lebih sesuai. Contohnya "Shower Cream". Kan lebih sesuai? Maaflah, pengguna macam gua ni mudah tertipu sikit dengan ilusi mata.

Tak pasal-pasal je guna "Body Shampoo" tersebut untuk basuh rambut. Cilakak.


Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: