Monday, August 31, 2009

Selebriti sekarang duduk terperap kat bilik pun boleh kumpul peminat.

Sekarang gua nak cerita pasal rangkaian sosial. Kalau lu duduk kat Amerika sana, diorang panggil 'social network'. Saja nak bagitau. Nanti lu kata gua jahil English pulak.

Rangkaian sosial adalah web yang mengaplikasikan profail individu untuk tujuan sosial di alam maya seperti Myspace, Friendster, Tagged, Hi-5, Facebook dan macam-macam lagi. Gua tak tau pun yang lain, jadi kalau letak "macam-macam lagi" lebih senang. Dengan adanya rangkaian sosial ini, kita dibolehkan untuk berhubung dengan individu lain di dalam planet ini dengan hanya berbekalkan seketul komputer dan sambungan internet. Cilaka. Apahal dah jadi macam tenaga pengajar kat Fakulti IT pulak ni? Takpe, gua ada potensi nampaknya.

Kita boleh letak gambar (biasanya yang terbaik dari ribuan gambar dalam simpanan), menghantar komen, mencari rakan lama yang terputus hubungan, menceritakan pengalaman melalui gambar, berkumpul dalam satu kumpulan dan membuat diskusi, berkongsi minat, luahkan perasaan, luahkan geram, tunjukkan sayang,memberikan ulasan terhadap gambar atau profail orang lain, mempromosi barangan, mempromosi diri, mempromosi boifren atau gelpren, tunjukkan pada dunia kita tengah bahagia, tengah sedih, sebarkan berita terkini tentang kita dan orang-orang di sekeliling kita...



Banyak benda boleh buat dengan rangkaian sosial.

"Comment my pic please..." MySpace

Apabila buka satu-satu profail antara jutaan yang ada, ada segelintirnya yang buat gua tertarik. Macam-macam ragam dunia dapat kita lihat disini. Dapat jumpa profail yang banyak album gambar. Bagi yang nak tengok kecantikan kejadian, profail macam ni lah yang mereka cari. Gerenti add punya lepas tengok gambar-gambar dia. Tetapi semuanya penuh dengan gambar dia seorang sahaja. Dalam album A, gambar dia dalam bilik pakai baju ungu seluar hitam. Album B penuh dengan gambar dia seorang pakai baju kuning pula, gaya rambut lain sikit. Album C pula semua 24 gambar dia tengah camwhore dengan kawan-kawan sekolah. Yang pasti, muka itu-itu sahaja. Cuma gaya je lain-lain. Letak jari kat pipi, muncungkan bibir, buat muka sedih, beliakkan mata, macam-macam lah. Yang ini mempromosi diri. Jenis nak kumpul peminat seramai mungkin. Hak dia, biarlah. Yang kesiannya dia.

"Add lah I taw..." MySpace

Biasanya perempuan yang cantik-cantik je. Letak gambar terbaik, tulis ayat manja-manja sikit, status pula 'single'. Pakej yang sudah memadai untuk mengumpul ramai "rakan maya" dalam waktu yang singkat. Dia tak kira, asal ada permintaan untuk menjadi kawan, mesti dia approve. Nak test market. Kesian kat dunia dia, lebihkan 'maya' dari 'realiti'.

"Can I have some privacy, guys?" MySpace

Dah macam tak ada akal. Minta privasi di alam internet. Bodoh, bukan? Macam ni lah. Kalau lu dah mendaftar diri dalam rangkaian sosial ni, lu dah membuat satu agreement yang menetapkan bahawa hidup lu dah tak ada privasi. Nak sangat merasa jadi artis, kan? Jadi bila orang komen macam-macam terhadap lu, komen gambar-gambar lu, ramai nak minta masuk dalam friendlist, lepas tu kalau tak reply mesej kena marah, janganlah nak mengeluh. Tak ada kebolehan menggunakan akal langsung.

"Bro, buat apa sekarang? Nak jadi kaya tak?" MySpace

Yang ini pula spesis rasa diri bijak. Bisnes melalui strategi kononnya. Kononnya, akan dapat tarik seorang-dua masuk jadi downline dia. Memang keji lah bagi gua. Dahlah memburukkan kerjaya lain, lepas tu guna gambar perempuan cantik pulak tu sebagai tarikan. Ada jugak yang letak gambar duit banyak-banyak dan gambar kereta laju. Sengal kuasa dua punya orang. Tak tahu adab bersosial betul.

"Abang sayang ayang" MySpace

Yang ni agak berbulu gua tengok. Pasal gua sendiri pernah hadapi. Nama profail jantan, tapi dalam tu penuh dengan gambar buah hati dia. Sampai kawan-kawan suma dah jadi keliru. Adakah aku dah salah add orang? Atau pun si Maarop ni dah tukar jantina? Orang jiwang yang kongsi profail friendster dengan awek camni selalunya jenis rambut sikat belah tengah, pakai minyak wangi tebal-tebal, pencuci muka beli tiap 3 hari, stokin wangi, kalau bagi surat cinta mesti taruk bedak, suka nyanyi lagu Indon, selalu baca novel, suka tengok drama Korea pastu nangis sorang-sorang, henset terima mesej 24 jam, dan

Tapi tu lah, hak masing-masing. Gua tak ada nak halang. Cuma gua ekspresikan pendapat gua tentang hal ni. Mana yang salah bagi gua, mungkin betul bagi orang lain. Hak masing-masing.



*Kepada yang add gua kat Facebook, minta maaf, gua tak dapat nak approve orang yang gua tak pernah jumpa.Nanti susah nak cari kawan sebenar masa nak invite pergi kenduri kahwin gua. Hahaha bajet gila ayat.*

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

lol mcm tu ke u rasa selAma ni? ic......[ckp sambil angkat kening] o.O'

Encik Akmal said...

heh...what's up, with that 'angkat kening'?
well, ni just pendapat peribadi je. sbb kadang2 boleh rasa irritated, annoyed dgn perangai kawan2 kat Fs tu...huh..