Hari Raya pertama memang lah dinanti oleh semua insan. Yang gua nak kasi intro macam budak 3 Mawar punya karangan ni kenapa?
Tapi betullah, Hari Raya pertama lah yang sering ditunggu-tunggu oleh semua orang. Dan banyak kenangan-kenangan manis berlaku semasa Hari Raya pertama. Maksudnya kalau dah masuk Hari Raya kedua, ketiga tu kiranya feel dia dah lari la.
Ada banyak sebab; contohnya pada hari pertama itu lah si gadis nak tayang baju baru yang ditempah dari makcik Kiah dan nak tayang sekali body slim selepas mengambil peluang bulan puasa untuk berdiet. Pada hari pertama lah, ada pasangan bercinta yang kembali bertemu setelah sekian lama berpisah sebagai menghormati bulan Ramadhan. Pada hari pertama lah, makanan yang sedap-sedap dihidangkan buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun, jadi rasanya sangat sedap masa tu. Hari-hari lain dah tak sedap dah. Hari raya pertama lah, Abu, Ali dan Mustapa dapat duit raya mereka sebagai upah berpuasa. Pada hari raya pertama juga lah, kita akan berpeluang melihat akak-akak kat kaunter tol menangis tersedu-sedu kerana terpaksa bekerja.
Tapi ada satu perkara pada Hari Raya pertama yang gua dan adik gua tak berapa nak berkenan.

Sesi beraya sesama ahli keluarga.
Sila jangan salah faham. Bukan kami membantah, cuma kami kurang selesa dengan suasananya. Iyalah, hari raya kan untuk orang bersuka ria, tapi nak bersuka ria kejadahnya bila gua tengok mama dan kakak-kakak gua menangis teresak-esak masa bersalam-salaman dengan ahli keluarga? Bukan main sayu lagi. Gua dengan adik gua boleh pulak tersengih-sengih masa bersalam dengan abah gua. Mungkin kami masih innocent, mintak maaf pun boleh sengih-sengih lagi. Muka tak bersalah.
Jadi, seiring dengan usia 21 ni, gua berazam untuk menjadi lebih serius.
Jap gua perektis.
P/s: Gua rasa gua kena banyak berlatih lagi ni... Kang tak pasal-pasal kena terajang masa hari raya pertama.
(Oh perasan tak, MonoLamka dah hilang? Mana ye beliau?)

"Abah, selamat hari raya dan maaf zahir batin. Mai tau mai banyak susahkan abah selama ni. Malas pulak tu. Mai janji, pasni kalau balik kampung, mai tolong abah berkebun ye. Kita main cari-cari durian sama-sama. Maaf yer abah."
"Mama, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Mai pun ada banyak buat salah kat mama. Mai bukan sengaja pun nak guna kad kredit mama tu. Dah terpaksa, dia suruh bayar online, jadi mai guna lah dulu. Boleh kan?"
"Abang Long, selamat Hari Raya. Orang nak mintak maaf sebab...sebab... Eh sebab apa ye? Ah, orang salam yang lain dulu lah. Kita settle nanti."
"Ijah, orang nak mintak maaf. Okay bye!"
"Edel, selamat hari raya. Aku mintak maaf kalau ada salah dan silap. Kalau ada lah..."
"Nani, selamat hari raya. Aku bukan nak mintak maaf, tapi aku nak ko mintak maaf kat aku. Masa pergi JB aritu, minyak kereta ko sikit pun tak tinggal untuk aku, kan? Kau tau tak, nilai harga minyak tu lebih tinggi bagi seorang pelajar?"
"Shahrir, aku mintak maaf pasal kes aku jahanamkan motor ko masa aku eksiden kat Serdang hari tu. Nak buat macam mana kan, mamat tu yang sengal. Lagi pun duit kau repair tu abah yang bagi, kan? Tak payah la aku bayar kat ko, kan?"