Saturday, September 5, 2009

Bercinta, tak semestinya selalu berjumpa, sayang...

Cuba bayangkan situasi ini:

1) Pergi kafe. Terjumpa dengan satu pasangan yang kelihatan sangat bahagia. Duduk kat meja makan, gelak-gelak. Si jejaka usap-usap kepala si gadis. Entah di rambut gadis ada serangga atau kulit pisang, gua pun tak pasti. Si gadis buat muka manja. Romantik macam cerita Korea.

2) Situasi kali ini berlaku di kaunter pembayaran. Si gadis keluarkan dompet. Si jejaka buat tak tahu. Lepas tu gurau-gurau tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling yang menunggu giliran untuk membayar. Boleh main cubit-cubit. Wajah abang kat kaunter dah naik biru, tahan muntah.

3) Sedang menunggu waktu berbuka. Pasangan bahagia tersebut kembali ke meja makan, duduk berborak-borak. Berlaku adegan manja-manja antara kepala antara si gadis dengan bahu si jejaka. Si jejaka tersenyum riang. Burung berkicauan. Angin sepoi-sepoi bahasa (bayangkan situasi sunyi macam tak ada orang lain kat situ)

4) Waktu lepas berbuka. Orang lain dah siap mandi, bersiap-siap ke surau. Pasangan bahagia bertemu kembali di kafe. Duduk berdua. Entah isu apa yang masih tak habis dibualkan mereka. Tapi yang pasti, dari rakaat pertama solat Isyak sampai ke rakaat terakhir tarawikh, imam baca surah-surah dengan menggunakan mikrofon yang pasti dapat didengari oleh semua orang, termasuk pasangan bahagia yang berada di kafe.

5) Hampir jam 11. Budak-budak yang frust sebab kalah main game lepak kat beranda sambil menghisap rokok. Jenguk ke bawah, ternampak pasangan bahagia tersebut duduk melepak di atas tembok batu. Berdua. Agaknya si jejaka mengadu dia pening kepala, si gadis urut-urut kepala si jejaka.

Sekarang, cuba bayangkan anda terpaksa berhadapan dengan pasangan macam ini HARI-HARI.

Tak,gua tak alim macam abang-abang tabligh yang masuk bilik student lepas tu bagi ceramah agama. Gua bukan nak kondem mereka yang bercinta ni dari segi hukum syariah. Kalau nak diikutkan, gua pun kadang-kadang terlajak jugak. Jahil jugak. Tapi tak adalah nampak sangat kejahilan gua tu.

Ini dah lah tak hormat bulan puasa, lepas tu tunjuk pulak kat orang. Gua jamin kalau syaitan tak kena kurung, syaitan pun naik meluat tengok mereka. Hari-hari muka yang sama saja, berdua-duaan. Tak jemu ke, dok mengadap muka yang sama je hari-hari? Macam budak tak ada kawan. Masing-masing nak mintak kena terajang di bahagian dada.

Pihak kolej kena ambil tindakan tentang perkara ni. Takkan nak tunggu gua azan kat telinga budak-budak tu. Gua banyak lagi kerja lain nak buat ni.


P/s: Entri ini hanyalah cetusan minda, tak ada kaitan dengan emosi peribadi penulis. Cemburu? Cemburu wak lu. Gua pun ada kesayangan jugak, tapi tak ada lah mabuk chenta sampai ini macam.

P/s/s: (sebab dah tersebut pasal 'kesayangan') Kamu, baju raya kaler purple lah. I've decided!!
Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

:::wagonbiru::: said...

bkn org kat kaunter tu je nk muntah asenye sume owg kat kafe tu pon ley tecekek tulang ayam nengok!
kekekek ;p