Tuesday, September 8, 2009

Untuk 'Si Complicated' yang sangat aku sayangi.

A: Aku tak pernah la tengok ko keluar dengan mana-mana perempuan. Ko takde awek ke?

B: Dari aku layan perempuan, baik aku layan ganja. Dua-dua kena pakai duit. Tapi sekurang-kurangnya takde aku sakit hati.

Hahahahahaha... Macam-macam kan?

Tidak. Lantak lu lah nak judge dialog atas ni. Salah atau betul, gua malas nak review. Kali ni gua malas nak kondem orang. Tak best pula kondem orang. Semua orang gua nak kondem, nanti orang ingat gua ni turun dari syurga pulak. Rasa diri best je. Tak , gua taknak tanggapan begitu. Minta maaf. Blog ini tak pernah berniat untuk menyakiti.

Oh terlupa. Ayuh kembali kepada subjek utama.

Bismillahirrahmanirrahim...




Baiklah.

Hidup kat dunia ni, kita melihat bukan dengan hanya memandang.
Mendengar bukan dengan hanya memasang telinga.
Berkata bukan dengan hanya menutur.
Membaca bukan dengan hanya mengeja.
Mencarut pun bukan dengan hanya menjerit.

Semuanya memerlukan kita untuk berfikir. Fikir rasional, punca, akibat, zahir, tersurat, tersirat. Kita kena fikir luar dari apa yang kita nampak, dengar, rasakan.

Think out of the box, kata manusia kulit putih.

Dan setelah berfikir, kita tak boleh buat telahan mentah yang mungkin akan menyakitkan orang lain. Iya, kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan. Tidak, bukan kadang-kadang. Sememangnya, kebenaran itu menyakitkan.

Seperti bermain catur. Tak boleh terus manjatuhkan buah lawan tanpa memikirkan tentang akibatnya. Fikirkan satu langkah ke hadapan. Mesti selalu berwaspada, kerana kalau kita leka, waktu kita menjadi sangat kuat dan kukuh pun, kita boleh tersungkur. Mungkin dengan jatuhnya Queen dia, akan terbuka laluan untuk King kita tumpas.

Dan kalau kita tumpas, kita mesti belajar. Belajar dari kesilapan. Sememangnya kesilapan adalah guru terbaik. Pembimbing terbaik. Semua orang pernah melakukan kesilapan. Yang membezakan antara kita adalah bagaimana kita belajar dan perbaiki diri dari kesilapan itu. Dan kalau kita melakukan kesilapan yang sama sekali lagi, kita adalah manusia paling bodoh.

Kamu, jangan jadikan aku manusia itu ya!!

"Follow the flow", katamu.
"Baiklah", kataku.
Yang mana baik bagi kamu, mungkin baik bagi aku.

Aku bimbing kamu, dan kamu tegurlah aku.
Aku mahu kamu menjadi yang terbaik untukku.
Dan aku mahu menjadi yang terbaik untukmu.



P/s: Sumpah, gua tak pernah buat kerja gila menaip pada jam 2 pagi sambil menyebut-nyebut nama dia. Parah dah ni!!! Aku rindu kamu, NUR ATIQAH!!!

Comments
3 Comments

3 orang tak puas hati:

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

u takde list yg lepas2 yg u dh post ke?
lau ade senang i nk cr tuk bace...
replat kat my blog ea...

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

oiccc..
kamu itu siapa?
hehehehehehehehe




aku nampak ada love2 dimata kau.
dahsyat ni weyh,dahsyattttttt! :P

Encik Akmal said...

Ieda: dah reply pon.
PMJ: Cis... tetiba nak nampak love-love ye ko... macam la ko penah nampak aku..cis!!!