# 24 Oktober 2009 #
Biarlah. Nak meraung, nak menangis pun dah tak guna. Benda dah jadi. Masa ke depan, dan takkan bagi kita peluang untuk kembali ke waktu 'itu'. Satu waktu yang sangat manis, sehingga kita hampir terlupa akan kewujudan bisa racun. Dan bila hilang manis itu, nah, hanya tinggal kenangan untuk ditatap kembali, menghilangkan bisa racun yang sangat tepat mencucuk ruang kosong dalam hati. Sakit. Pedih. Ngilu.
Sekarang, 'dia' telah pergi. Pergi yang takkan kembali. Tak akan. Memang takkan. Kalau ada pun, mungkin dalam bentuk satu mimpi atau memori yang pastinya penuh dengan penyesalan. Penyesalan kerana pernah menjadi manusia yang dibutakan hati, dipekakkan jiwa, dibodohkan akal yang tak nampak akan keikhlasan yang dia pernah beri. Satu keikhlasan yang sekarang dicari pada orang lain. Sekarang rasakan, si bodoh. Si bodoh yang dibodohkan oleh dia, dia dan dia yang belum tentu akan menghargai engkau. Belum tentu akan sanggup menunggu engkau yang tak pantas.
Jujurnya, fokus gua sedikit goyah bila benda-benda macam ni terjadi. Terutama sekali bila ia datang tiba-tiba. Waktu study week macam ni. Sangat besar dugaan kali ini.
Satu benda. Tuhan takkan bagi kita dugaan yang lebih besar dari yang dapat kita tanggung.
p/s: Kepada kawan-kawan, tolong jangan tanya. Biar masa yang bantu gua kali ni. Percayalah, dari lu duduk sama-sama buat muka sedih dengan gua, baik lu buat tak tau je. Itu lebih baik. Kalau gua rasa nak cerita, gua cerita. Itu lebih baik.
Dan kamu, jangan paksa-paksa. Itu paling baik.