Friday, November 6, 2009

Hidup ini memang 'palat', tapi blog masih ada

Apa itu palat? Ada sesetengah kita yang masih tak tahu. Palat, atau orang Amerika akan kata 'fucked up', adalah satu situasi yang kita tak jangka akan terjadi bila kita jangkakan semuanya elok sahaja. Biasanya kita tak jangka ia akan terjadi dan bila ia terjadi, baru perkataan 'palat' akan terkeluar dari mulut kita.

Gua tak tahu macam mana nak terangkan dalam Bahasa Melayu. Jadi, gua akan gunakan analogi situasi yang mungkin berkaitan.

Baik lah, gua mulakan dengan paper Bahasa Jepun gua hari tu.

Madam Fumie, pengajar gua, mengatakan bahawa paper final akan terbahagi kepada 3 bahagian; objektif, struktur dan esei. Bila terbayangkan 'objektif', kami menjangkakan soalan dengan pilihan jawapan 'A/B/C/D' akan keluar. Tapi bila tiba waktu peperiksaan, tiada sepatah haram pun soalan yang mempunyai pilihan jawapan objektif. Yang ada ialah isi tempat kosong dengan jawapan yang telah diberikan . Ada 15 soalan, dan jawapan yang diberi ada 20. Palat, kan? Apa yang gua dapat jangka sekarang, bahagian 'objektif' gua dapat KOSONG. Belum tentu lagi bahagian struktur dan esei gua dapat score. Palat.



Sekarang, dah faham apa itu palat? Lebih kurang macam kena 'back stab' lah rasanya. Sangat 'sweet'.

Situasi kedua, bila kawan kau , A gunakan nama kau sebagai 'si mulut jahat' yang buat fitnah, supaya A dapat break up dengan girlfriend dia, iaitu B. A memutuskan hubungan dengan B atas alasan 'seseorang' telah memberitahunya yang B check-in ke hotel dengan lelaki lain. Kerana kau dan B saling tidak mengenali dan kau takkan berjumpa dengan B, A telah menjadikan kau sebagai 'seseorang' itu. Padahal, A sendiri yang mereka-reka cerita. Situasi "B check-in ke hotel dengan lelaki lain, kau ternampak B di hotel itu dan kau memberitahu A" tak pernah pun terjadi. Palat, bukan? Sekarang, A sedang bahagia dengan girlfriend barunya. Bila A dan girlfriend barunya ternampak kau, dia akan buat-buat macam sangat sakit hati dengan kau. Babi.

Situasi ketiga, bila kawan kau balik rumah dan ceritakan segala keburukan kau kepada ahli keluarganya. Mungkin sekadar untuk berjenaka dan dijadikan bahan ketawa masa makan malam bersama keluarga. Tapi kesannya sangat besar. Pada suatu hari, ibu kawan kau itu datang ke asrama untuk berjumpa anaknya. Bila kau terserempak dengan ibunya, kau memberikan satu senyuman ikhlas. Tapi ibunya pandang kau dengan pandangan yang paling keji pernah kau rasakan. Palat, bukan? Paling palat, kau sendiri tak tahu apa yang kawan kau telah ceritakan pada ibunya itu.

Banyak lagi situasi yang dapat menerangkan perkataan 'palat' ni sebenarnya. Yang terbaru, bila gua buka Facebook. Tapi gua malas nak taip banyak-banyak. Bikin hati panas je. Dia pun lepas ni dapat baca benda ni, jadi sendiri fahamlah kan. Tapi paling gua tak faham, apa yang membuatkan gua boleh dipalat oleh kawan sendiri ye? Terutamanya bila gua langsung tak pernah buat hal dengan dia. Dia buat hal dia, dan gua buat hal gua.

Dunia,kan? Macam-macam manusia kita boleh jumpa. Tapi takpe lah, biarlah dia dengan dunia dia, gua dengan blog gua. Dia serang, gua balas di sini.

p/s: Ada siapa-siapa lagi yang nak palat gua? Silakan, fuck up my life. Game's on, if you wanna play. I don't give a shit. Show me what you've got, just do what you do best, and I'll just being me.

Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: