Monday, November 23, 2009

Kepada bakal girlfriend: Maaf ye. Saya sudah tidak...

Kesayangan (nombor 2), Akid Madhihah datang rumah gua hari tu. Kiranya first time la gua jumpa dia sejak balik semenanjung ni. Makin comel. Makin ceria. Dan yang paling penting, dah pandai sebut nama gua dengan betul. Sepatutnya nama gua disebut 'Cik Mai', tapi dia panggil gua 'Man'. Entah Man mana, itu masih lagi misteri.


Pada malam Sabtu itu hari, gua lepak lepak depan laptop. Kemas-kemas fail dalam hard disk, sebab kesayangan (nombor 1) kata nak pinjam. Memanglah tak ada porno, tapi gua risau kalau dia tertengok filem-filem seperti Not Another Gay Movie, Brokeback Mountain, ataupun video-video 'best gore' kegemaran Leo. Selepas siap kemas kini hard disk, gua pergi ke ruang tamu. Gua tengok si Madhihah tengah main dengan selimut. Dia tutup badan dia dengan selimut tu, lepas tu dia jalan ke hulu ke hilir. Konon hantu la.

"Mesti dia tengah bosan" fikir gua. Lalu gua pun layan la 'permainan' dia. Mula-mula gua pura-pura takut, gua jerit sedikit seperti makwe yang comel terjumpa hantu. Dia dah gelak gelak seronok. Lepas tu gua masuk sekali dalam selimut tu. Sebab gua pun nak jadi hantu jugak. Tapi dia tak nak keluar dari selimut tu. Jadi kami berdua pun main sergah-sergah dalam selimut sambil ketawa-ketawa. Sekali-sekala gua angkat selimut tu sikit, supaya kami tak mati kelemasan.

Lepas tu gua dah penat. Gua pekena baring. Masih ditutup selimut. Gelap. Tiba-tiba gua rasa nak pejam mata. Tapi Madhihah masih cuba nak menakutkan gua. Macam mana pun dia mengilai, dia tetap tak berjaya takutkan gua. Gua ketawa adalah. Sebab sambil mengilai, dia membebel dalam bahasa bayi yang gua tak berapa faham. Comel sangat.

Tiba-tiba dia diam. Gua buat tak tahu. Tapi apakan daya, sikap tidak-ambil-tahu gua membawa padah. Bunyi nafas Madhihah makin dekat. Begitu juga dengan bau syampu dan losyen bayi.

Makin dekat.

Makin dekat.

Makin dekat.

*chuppp!!*

p/s: Kepada gadis-gadis di luar sana, jika saya mengatakan bahawa saya masih simpan 1st kiss saya untuk yang benar-benar layak, mungkin saya terlupa tentang kejadian ini. Bukan niat mahu menipu ye.

Lagipun tak sempat nak elak (T.T)
Comments
6 Comments

6 orang tak puas hati:

bacaBolehpecayaMyB said...

haha.. true story?? klu btul.. cantekkk.... :)

Madhihah said...

hahaha... apa ler cik mai, ingatkan apa tadi... rupanya kena kiss gan madhihah...

Encik Akmal said...

bacaBolehpecayaMyB: haha.. betul arr..
Madhihah: Iyah la, gi kiss cik mai nape.. terkejut cik mai tau..haha!!

Anonymous said...

xkn stim kot?
hahaha
tgk sima pon stim ..nie dpt kiss
hahaha

Encik Akmal said...

haha sial la napis... bikin onar..

Sdr. Amir Derakh said...

ne ko tau napis yg toles?