Friday, December 18, 2009

Kisah gua terjumpa kawan-kawan lama/ reunion (part 2)

Kali ni gua malas nak taip banyak-banyak. Biar gambar menerangkan segala-galanya. Sibuk betul gua sekarang ni, terutamanya sejak negara kekasih hati gua, Vietnam kalah dalam final bolasepak Sukan SEA tempoh hari. Letih juga nak memujuk dia turun dari pokok ni.




Masa ketibaan. Smart jugak gambar ni gua tengok. Untuk makluman, Pipit masih single. Sekian~





Sampai sekarang, gua masih pelik. Kenapa Hanafi mesti pandang belakang sambil buat 'peace'? Apa yang Shafiq Belon (sebelah Hanafi) dan Zaher cuba buat? Dan kenapa gua pandang atas? Adakah kerana awek Vietnam gua tak turun dari pokok lagi?



Brader baju hitam ni gembira betul dapat bergambar dengan brader baju Chelsea.





Sekali lagi, brader ini memang sangat gembira dapat bergambar dengan brader baju Chelsea. Padahal Hanafi rilek sahaja. Seperti yang gua kata dalam post sebelum ini, Hanafi ni nampak baik je. Semasa gambar ini diambil, dia sedang mengenang nasib kawan-kawan yang terpaksa bawak benda berat-berat dari tempat parking kereta. Padahal dia bawak kamera sahaja.





Brader ni nama Amirul. Gua rasa dia mengantuk sangat masa ni. Sempat juga tidur masa ni. Sehingga kini, gua masih cuba untuk praktikkan skil ini namun masih buntu.





Satu lagi skil yang hebat. Sangat jelas keceriaan yang terserlah di wajah remaja bernama Shafiq ini. Harap tiada parut di bahagian perut ya!





Dari kiri; Man, Pipit, Pejol, Ewan, Hanafi, Nasa, dan..... punggung.





Upacara belajar niat mandi wajib oleh Ustaz Hafidzul (baju tanpa lengan)





Dari kiri; Zaher, Pipit dan Hanafi. Untuk pengetahuan anda, jari Zaher dan Pipit telah diedit kerana mereka cuba untuk menunjukkan isyarat lucah. Sesi kaunseling telah pun diberikan kepada mereka berdua. Namun seperti biasa, Hanafi tetap kelihatan baik.






Punggung lagi. Sengaja gua upload gambar ni 2 kali. Supaya guru disiplin, Cikgu Husrin ternampak gambar ni dan merasa geram kerana tidak dapat turut serta sambil membawa rotannya.






Lepas mandi, makan. Itulah perangai diorang ni. Sampai sekarang, gua masih mengidam ayam goreng yang gua tak dapat nak merasa hari tu T_T. Notis: Mihun telah disediakan oleh Ummi. Muahx~




Lepas makan, upacara bermain satu permainan bernama 'kotak beracun'. Masa ni, brader yang pegang kotak tu (Pipit) sedang beri penerangan tentang cara bermain. Tapi brader tuala hijau (Ewan) dan brader hensem berbaju Chelsea (sape ntah) tidak berapa kosentret masa penerangan diberikan. Kesannya... ah, gua malas nak cerita lagi lah!






Gambar sengal ini tiada kaitan dengan sebarang situasi. Gua TERupload pula.






Masa nak balik. Brader yang tutup mulut tu namanya Nasa. Nampak macam kerek, kan? Tapi dia ni cool sebenarnya. Cool macam KRU. Nasa ni tak ada facebook. Dengar cerita, keluarga dia marah kalau dia buka akaun Facebook. Kalau dia nak komen dekat Facebook, dia login guna akaun Man, Pipit atau Pejol. Ramai kawan-kawan bersimpati dengan nasib yang menimpa Nasa.



p/s: Woi geng SeKepala, nak buat sambungan lagi ke? hahaaa... Sape lagi gua nak kutuk ni?


p/s/s: Maaf, gua tak boleh letak banyak sangat gambar makwe yang turut serta. Takut kena kecam dengan kesayangan.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: