Jangan risau. Dengar khabar, mereka ni semua single. Tapi makwe sebelah gua tu gua tak tau.
Pada minggu lepas,
Hahaha intro macam celaka, dah macam nak tulis karangan 'Cuti Sekolah Saya' tahap Darjah 4.
Baiklah kita mula balik. Pada minggu lepas, gua terima satu SMS ringkas dari Man, seorang pemakan tegar yang cuba menghasut gua untuk ikut trip pergi ke Air Terjun Gabai. Pada mulanya, gua agak keberatan untuk ikut memandangkan gua sibuk dengan hal-hal rumah tangga seperti kemas rumah, masak bila lapar, bersihkan sangkar kucing, dan tidur. Cuti-cuti semester macam ni memang gua sibuk sikit. Tapi kerana termakan dengan pujuk rayu seorang bekas kasanova, gua akhirnya akur dengan ajakan Man. Sampai jam 3 pagi gua selongkar setor, nak cari balik pelampung gua yang ada gambar Ben Ten.
Pada jam 8 pagi, tidur lena gua dikejutkan dengan deringan handphone. Siyut, nasib baik gua tak mimpi gua ada sakit jantung. Kalau tidak, gua lah mangsa pertama yang mati akibat deringan handphone. Gua tengok skrin, Man cuba menghubungi gua. Ah, terlupa pulak hari ni ada temujanji dengan Man kat air terjun. Selepas siap-siap, gua terus masuk ke dalam kereta Man yang sudah lama menunggu gua siap sambil merokok. Pengaruh filem koboi.
Tiba-tiba, Man berhenti di depan masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Pelik juga. Satu, sebab Man pakai seluar pendek. Kedua, raya haji dah lepas. Takkan dia nak berhenti untuk menunaikan solat raya. Man menghalau gua keluar dari kereta. Dia suruh gua tunggu kawan-kawan lain di situ. Masa itulah, gua bersalaman dengan kawan lama, Iwan. Celaka, hampir tak kenal gua tengok muka dia. Gaya artis-artis, dah macam band 'bangfes'. Kerana lapar, gua lepak restoran (tak ingat nama) untuk pekena roti canai. Di situ pula, gua terjumpa dengan sahabat lama Pipit, Nasa dan Hanafi. Dengan pantas, gua keluarkan handphone dan menghantar SMS kepada Man.
"I ingatkan you ajak I sorang je hari ni"
Tak berapa lama lepas makan, Man kembali. Kali ni dengan Pejol. Brader nama Pejol ni gua agak panas sikit. Dia ada buat onar dengan gua beberapa hari yang lampau. Suruh gua bangun pagi-pagi, standby untuk pekena sarapan kat mamak, last-last jam 9 dia telefon gua, kata tak jadi. Gua yang dah wangi-wangi dan kelihatan buang tebiat dari pandangan adik gua kerana bangun pagi, terasa malu dengan diri sendiri. Masa gua jumpa Pejol, terus gua tumbuk ginjal kanan dia. Dia hanya balas dengan senyuman dan rasa berdosa.
Lalu kami pun gerak. Pipit tak bagi gua naik kereta Kancil Power SE Man, kerana katanya kereta Man hanya untuk perokok. Kerana merasakan gua bukan perokok, gua pun masuk kereta Hanafi. Kerana tak tahu arah + tak tahu jalan + tak mahu menyusahkan diri sendiri, gua arahkan Hanafi untuk membawa gua ke Gabai. Gua lepak seat belakang, gaya bos-bos. Dengan rasa rendah diri dan penuh keikhlasan, Hanafi hanya akur dengan arahan gua. Nasa pula duduk depan, sebelah Hanafi. Pada mulanya Nasa mahu duduk atas riba Hanafi yang sedang memandu. Tapi selepas gua azankan pada telinga kanan Nasa, baru dia duduk di tempat yang sepatutnya.
Brader nama Hanafi ni gua baru kenal. Tapi beberapa minit lepas kenal, terus gua ikut naik kereta dia. Kalau mak abah gua tau, mesti mereka marah dengan sifat tidak berhati-hati gua ni. Takut gua tersilap pilih kawan. Kepada anak gadis, jangan tiru tindakan gua ini. Nasib baik Hanafi ni baik. Gua tahu dia ni baik, apabila semasa sarapan tadi gua mempelawa dia makan, dia menolak. Kalau gua pelawa Pipit atau Nasa, mesti habis dikerjakan mereka. Itu belum lagi pelawa Man.
Bersambung... (oh bergantung pada mood gua.)